Sabtu, 7 Mei 2016

Pemilik kedai gunting rambut maut ditikam

Pemilik kedai gunting rambut maut ditikam
Keadaan suspek yang cedera parah setelah dilanggar kereta ketika cubaan melarikan diri.
 


BATU PAHAT - Seorang pemilik kedai gunting rambut maut setelah ditikam oleh seorang penyamun, di kedainya di Parit Sulong sebentar tadi.

Dalam kejadian yang berlaku di tingkat dua, Medan Niaga, Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) pada jam 3.06 petang itu, suspek turut mengalami kecederaan parah setelah dilanggar oleh sebuah kereta cubaan melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, semasa kejadian suspek yang berusia 31 tahun itu berpura-pura menjadi pelanggan sebelum nekad untuk menyamun wanita yang berusia 62 tahun itu.

Katanya, bagaimanapun suspek dan wanita berkenaan bergelut dan mangsa ditikam di bahagian belakang badannya, manakala suspek cedera parah setelah dilanggar semasa cubaan melarikan diri, kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian.

"Suspek yang mengalami kecederaan parah itu terus dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan selanjutnya," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Tiada ulasan: