MALAYSIA DATELINE
Pas mula menggerakkan seluruh jenteranya di Selangor yang dinamakan
'Jentera Perang Badar" untuk menghadapi pihan raya kecil (PRK) Sungai
Besar.
Sehubungan dengan itu, pelancaran jentera di peringkat negeri
digerakkan segera dengan malam ini jentera peringkat kawasan Selayang
dilancarkan.
Jentera ini akan dilancarkan sendiri oleh Pengarah Pilihan Raya Pas
Pusat, Datuk Mustafa Ali di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang.
Selain Mustafa, turut hadir malam ini adalah Mohd Haslin Hassan
Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Wan Abdillah Wan Ahmad (Bekas Calon
N27 Sebuyau) di samping Zaidy Abd Talib (YDP Pas Selayang).
Ekoran itu, seluruh ahli dikerahkan untuk menyertai majlis ini sambil
membawa sumbangan masing-masing bagi menjayakan jentera Pas yang
dilebelkan sebagai #perang badar kali ini.
Pas bertekad untuk bertanding kedua-dua kerusi, Sungai Besar dan
Kuala Kangsar, kerana menganggap ia adalah kerusi tradisi mereka.
Bagaimanapun, Mustafa sebelum ini mengesahkan rundingan akan dibuat
dengan PKR, sekutu mereka yang masih ada selepas pecahnya Pakatan
Rakyat.
Malaysia Dateline difahamkan, kedua-dua pihak berusaha untuk
membolehkan pertembungan tidak berlaku antara kedua-duanya dalam PRK
kali ini.
Namun Pas tidak yakin ia akan berlaku kerana Timbalan Presiden PKR,
Datuk Seri Mohamad Azmin Ali sendiri mengarahkan agar PKR bertanding di
kerusi-kerusi yang sudah ditetapkan oleh Pas untuk bertanding dalam PRN
Sarawak sebelum ini.
Menurut sumber, Azmin bersama naib presiden Tian Chua dan pengarah
pilihan raya Nurul Izzah Anwar berjumpa dengan timbalan presiden Pas
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Mustafa dan setiausaha politik Presiden Pas
Dr Ahmad Shamsury Mokhtar untuk membolehkan PKR dan Pas bekerjasama
dalam PRK ini.
Atas dasar itu, semua pihak dalam Pas dilarang dari membuat sebarang kenyataan menjelang PRK kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan