Nelayan Pulau Betong Abdul Aziz Abdul Rahman
menunjukkan tanah selut berkeledak hitam yang berpunca daripada aktiviti
tambakan laut sekitar kawasan pulau tersebut, Sabtu. Tanah selut itu
menyebabkan para nelayan Pulau Betong tidak dapat memperolehi tangkapan
hidupan laut untuk mencari rezeki harian. -foto
BERNAMA
Mereka mendakwa mereka sendiri bingung tentang puncanya dan berharap pihak berkuasa akan menjalankan analisis kualiti air laut untuk mencari puncanya.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad berkata sebahagian daripada mereka telah berhenti pergi ke laut kerana wang yang dibelanjakan untuk petrol melebihi pendapatan mereka.
"Nelayan mendakwa mereka berjaya menangkap hanya dua hingga tiga ekor udang dan ikan yang sangat sedikit pada masa ini.
"Mata pencarian mereka terjejas teruk," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan nelayan yang keluar ke laut di Pulau Betong, Sabtu.
Muhammad Farid berkata menurut beberapa nelayan, sauh bot mereka telah diselaputi dengan selut hitam dan berbau busuk.
Beliau menggesa Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim), Jabatan Perikanan dan Jabatan Alam Sekitar untuk menjalankan siasatan segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan