shahbudindotcom
Walaupun
Najib Razak berkampung hampir dua minggu di Sarawak, mengerahkan
menteri-menteri turun ke negeri itu dengan mengadakan mesyuarat kabinet
di sana dan pelbagai peruntukan pembangunan dicurahkan, tetapi selepas
menang 72 daripada 82 kerusi, semua orang mengatakan kemenangan BN
adalah disebabkan oleh kepimpinan Ketua Menterinya, Adenan Satem.
Beliau
bukan saja sosok baru yang diterima baik oleh rakyat Sarawak, malah
boleh dikata belum terpalit dengan apa-apa skandal setakat ini. Imejnya
yang bersih itu disertakan dengan laungan "Sarawak for Sarawakians"
menyebabkan sokongan kepada kepimpinannya mudah diterjemahkan dengan
undi.
Dalam
pilihanraya Sarawak kali ini juga tiada poster Najib dibenarkan
dipasang di mana-mana, yang ada hanya gambar Adenan dan lain-lain
pemimpin peringkat negeri. Tidak mustahil jika ada gambar Najib di
mana-mana, jumlah kemenangan itu mungkin kurang daripada 72.
Adenan
dengan tegas mengatakan beliau akan meletakkan jawatan jika UMNO
dibenarkan masuk ke negeri itu. Ia jelas merupakan "tamparan ke muka"
Najib dan semua pemimpin UMNO yang hadir berkempen di Sarawak.
Dengan
tiada gambar Najib dan menolak keras kehadiran UMNO, Adenan tidak lain
memberi isyarat kepada pengundi Sarawak bahawa pemimpin-pemimpin
Semenanjung hanyalah alat dan untuk dipergunakannya saja dalam
pilihanraya kali ini.
Slogan
kempen yang digunakan pula "Beri Peluang Kepada Team Adenan" yang jelas
bukan untuk sesiapa berkongsi saham kemenangan dengannya.
Lantaran
itu tidak ada sesiapa, termasuk Salleh Said Keruak dan Abdul Rahman
Rahman, yang berani mengatakan kemenangan cemerlang BN kali ini
disebabkan faktor Najib.
Ditambah
dengan ia turut disaluti duka berikutan tragedi helikopter terhempas
yang menyebabkan enam penumbangnya terbunuh, kejayaan BN kali jelas
kosong maknanya kepada Najib.
Tidak
ada apa-apa yang dapat dibawa Najib daripada kemenangan di Sarawak itu
untuk mengukuhkan lagi kedudukannya di Semenanjung. Najib secara
relatifnya tetap tenat di Semenajung berikutan isu 1MDB dan derma
bilion-bilion ringgit yang diterimanya serta asakan berterusan daripada
Tun Mahathir Mohamad terhadapnya.
Sokongan
pengundi Cina dan bandar di Sarawak kepada BN yang menyebabkan DAP kali
ini hanya mampu menang 7 kerusi berbanding 12 pada pilihanraya 2011
juga tidak terpakai untuk orang Cina di Semenanjung.
Di Sarawak, keyakinan itu selain kerana Adenan, turut disebabkan oleh SUPP, parti Cina di negeri.
Adakah
pengundi Cina di Semenanjung sedia berubah selagi ada Najib atau
mampukah MCA dan Gerakan memainkan peranan seperti SUPP?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan