Jumaat, 20 Mei 2016

Mat Taib bakal calon PKR di Sungai Besar ?

MALAYSIA DATELINE
 
 
Tan Sri Muhammad  Muhd TaibTan Sri Muhammad Muhd TaibParti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mencalonkan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Mat Taib) sebagai calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang akan diadakan pada 18 Jun ini.

Sebuah blog pro Umno memetik sumber yang rapat dengan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali  merangkap Timbalan Presiden PKR  itu , dijangka akan mengumumkan nama Mat Taib sebaik sahaja mendapat persetujuan Pas untuk bekerjasama dalam PRK Sungai Besar.

Jika dilihat sejak minggu lalu, Azmin sudah “berkampung” di Sungai Besar tanpa menonjolkan sebarang calon untuk mewakili partinya atau Pakatan.

Sumber juga menyebut kemunculan Parti Amanah Negara (Amanah) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar hanyalah rancangan “tambahan” sekiranya Azmin gagal mengatur kompromi dengan Pas.

"Azmin hari ini dilaporkan meminta Pas memberi laluan kepada PKR kali ini kerana parti tersebut berhadapan dengan masalah “kepercayaan” kaum Cina sejak kebelakangan ini.

"Sungguhpun Pas mengumumkan penolakan cadangan memberi kerusi Sungai Besar kepada PKR, namun rundingan peringkat tertinggi masih dijalankan." kata sumber dipetik.

Azmin dikatakan telah menawar laluan untuk Pas bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) di Kuala Kangsar dan juga menjanjikan pemberian potfolio kanan kepada Pas dalam rombakan Exco Kerajaan Negeri Selangor akan datang.

Azmin sanggup berhabis-habisan kali ini kata sumber, bagi menjaga maruah beliau sebagai Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR.

Tiada ulasan: