Isnin, 16 Mei 2016

Mahfuz bawa usul rujuk Pengerusi PAC ke JK Hak dan Kebebasan

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Mahfuz anggap tawaran Azmin perlu diterima PasMahfuz anggap tawaran Azmin perlu diterima Pas


Ahli parlimen Pokok Sena akan membawa satu usul di Dewan Rakyat esok bagi mencadangkan ahli Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Ia berkenaan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang telah dibentangkan kepada Majlis pada 7 April 2016.

Mahfuz mendakwa Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara telah dipinda oleh Hasan tanpa persetujuan Ahli-Ahli PAC yang lain.

“Bahawa Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara telah bertindak secara bersendiri tanpa mengikut tatacara Jawatankuasa apabila meminda Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara sebelum dibentangkan.

“Bahawa Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara sendiri mengakui beliau telah meminda Laporan Jawatankuasa tanpa persetujuan semua ahli jawatankuasa,” kata Mahfuz dalam usul tersebut.

Mahfuz juga berkata, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara membuat pindaan kepada Laporan Jawatankuasa yang dibentangkan kepada Majlis telah mengubah dan menutup maklumat sebenar berkaitan laporan tersebut.

“Bahawa tindakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara meminda Laporan Jawatankuasa adalah suatu tindakan yang mengelirukan Majlis, Ahli-Ahli Majlis dan seterusnya menghina Majlis,” katanya lagi.


Tiada ulasan: