Rabu, 11 Mei 2016

Bincang saman Pentadbiran Adenan Satem minggu ini.

KEADILAN DAILY

 

KUALA LUMPUR : KEADILAN akan menentukan sama ada pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri Sarawak berhubung sekatan kemasukan pemimpin parti pada minggu ini.

nurul-izzah-140126bNaib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, hal tersebut akan dibincangkan semasa mesyuarat biro politik parti itu pada Isnin.

“Keutamaan akan terus kepada calon-calon tempatan kami dan kehidupan seterus mereka berbanding maruah kami yang dicalar.

“Kami mahu mereka menerima sepenuhnya kehadiran kami dan menyokong semasa berkempen,” katanya dipetik Malaysiakini.

Lebih 40 ahli parlimen pembangkang, aktivis dan ahli akademik termasuk beliau sendiri dihalang memasuki Sarawak ketika tempoh tersebut.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pemuda KEADILAN Sarawak, Simon Siah dilaporkan akan mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri Sarawak atas halangan kemasukan tersebut.

Anggota biro perundangan KEADILAN negeri berkata, pihaknya akan menunggu sehingga pilihan raya selesai untuk berbuat demikian.

Tiada ulasan: