Rabu, 18 Mei 2016

Azmin pertahan kerjasama dalam Deklarasi Rakyat

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SABAK BERNAM: Walaupun ditegur Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempertahankan penyertaannya dalam Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini. 
 
Tegas Azmin, Deklarasi Rakyat yang turut disertai kepimpinan utama DAP dan Parti Amanah Negara itu (PAN) itu juga sudah dimasukkan dalam agenda reformasi yang sering dilaungkan PKR. 
 
"Keputusan untuk sertai Deklarasi Rakyat ini dibuat bersama semua parti dalam Pakatan Harapan dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). 
 
"Kami bukan mahu menggulingkan (Datuk Seri) Najib atau memperkuatkan Umno, sebaliknya untuk menarik rakyat dekat dengan pembangkang dan buktinya ia sudah berjaya dapat lebih sejuta sokongan," katanya dipetik Berita Harian Online.
 
Anwar dalam sepucuk surat beberapa hari lalu, melahirkan rasa kesal dengan penglibatan PKR dan beberapa pemimpinnya yang menyertai gerakan Dr Mahathir serta pembangkang lain untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
 
Dalam surat tujuh halaman itu, Anwar turut menyifatkan fokus perjuangan parti sudah tersasar apabila segelintir pimpinan PKR kini terlalu mendokong deklarasi berkenaan, yang mungkin boleh dimanipulasi oleh veteran politik seperti Dr Mahathir dan bekas Menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.
 
Walau bagaimanapun, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor tetap bersetuju agar pemimpin pembangkang sentiasa berwaspada dengan Dr Mahathir sebagaimana saranan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
"Ini masalah dalaman parti, tidak perlu dihebahkan," katanya. 


Tiada ulasan: