Isnin, 23 Mei 2016

500,000 saman tertunggak, waran tangkap warga asing sejak 2010

FREE MALAYSIA TODAY


Warga Singapura mencatatkan jumlah saman tertunggak paling tinggi iaitu 173,667 saman dan waran tangkap tertinggi melibatkan warga Brunei dengan 77,857 waran.


warga-asing


BUKIT KAYU HITAM: Sebanyak 455,458 saman tertunggak dan waran tangkap terhadap warga asing direkodkan sejak 2010, kata Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mahamad Akhir Darus.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 364,473 melibatkan saman pelbagai kesalahan dan 90,985 pula melibatkan waran tangkap.

Katanya warga Singapura mencatatkan jumlah saman tertunggak paling tinggi iaitu 173,667 saman dan waran tangkap tertinggi melibatkan warga Brunei dengan 77,857 waran.

“Ops Saman Tertunggak Warga Asing (OSTWA) yang dilaksanakan sejak empat hari lepas, merekodkan 2,735 saman dan 165 waran tangkap berjaya dikeluarkan selepas melakukan pemeriksaan terhadap 6,776 kenderaan.

“Kita juga telah keluarkan 640 saman terhadap pemandu warga asing. Polis menggunakan peranti Sistem Bayaran Kompaun Dalam Talian (MCOPS) dan juga alat pengimbas nombor plat kenderaan (ANPR) untuk kesan pemilik kenderaan yang

memiliki waran tangkap dan saman trafik tertunggak,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri OSTWA Zon Utara di KM1.3 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini hari ini.

Beliau berkata menerusi operasi itu, seramai 166 anggota dan pegawai polis ditugaskan melaksanakan operasi tersebut melibatkan tiga negeri bersempadan dengan negara jiran iaitu Kedah, Perak dan Perlis.

Mahamad Akhir berkata bagi pesalah trafik tempatan, mereka perlu menyelesaikan hampir sejuta saman tertunggak dan waran tangkap.Bernama

Tiada ulasan: