Isnin, 11 Januari 2016

PAS sertai Himpunan Aman Bantah TPPA pada 23 Januari ini

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS akan menyertai Himpunan Aman Bantah Perjanjian Trans-Pasifik Asia (TPPA) bersama Kongres Rakyat, yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 23 Januari ini.
 
Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, penyertaan itu selaras dengan pendirian PAS yang membantah TPPA yang dilihat sebagai bentuk penjajahan baru kuasa besar ke atas negara kita dalam sektor ekonomi.
 
"Kami juga akan turut membantah TPPA dalam sesi perbahasan di Sidang Khas Parlimen pada 26 dan 27 Januari ini
 
"PAS mempunyai pendekatan khusus tanpa terikat dengan mana mana pihak. Berasaskan sistem nilai tersendiri dan agenda yang diperjuangkan, PAS telah mengatur dan merencana aktiviti bantahan TPPA melalui pelbagai peringkat.
 
"Teguran, forum terbuka, resolusi persidangan dan himpunan aman untuk menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan Malaysia bahawa kami bantah TPPA yang dilihat sebagai bentuk penjajahan baru kuasa besar ke atas negara kita dalam sektor ekonomi," ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Namun Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, PAS akan menilai keperluan, kewajaran dan kesesuaian keadaan untuk menyertai penganjuran bantah TPPA oleh pihak lain, selepas ini. 
 
"Ahli PAS diminta memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh PAS atau mana-mana aktiviti yang direstui," katanya.    
 

Tiada ulasan: