Rombak Bajet 2016 Semula Selepas Pembentangan Bajet 2016 3 Bulan Lalu?
Jikalau anda sempat perhatikan laporan
berita bertarikh 13 November 2015, Timbalan Menteri Kewangan Chua Tee
Yong ada mengatakan yang mana kerajaan tidak akan semak semula Bajet
2016.
Manakala 2 minggu selepas itu pada
tarikh 30 Disember 2015, Datuk Johari Abdul Ghani sempat mengatakan yang
tiada semakan semula Bajet 2016 walaupun harga minyak turun.
Terkini, Perdana Menteri Malaysia datuk
Seri Najib Razak membeirkan “singnal” yang mana kerajaan akan semak dan
rombak Bajet 2016 tidak lama sahaja lagi.
Nampaknya, pembentangan Bajet 2016 yang
berlangsung pada tarikh 23 Oktober 2016 yang dikatakan berada di
landasan yang betul sebelum ini hanya bertahan sekitar 3-4 bulan sahaja
untuk disesuaikan dan realistik dengan keadaan dan situasi hari ini.
Rombak Bajet 2016 : Faktor, Punca dan Alasannya?
- Harga minyak US$98.94 setong pada tahun 2014 telah jatuh kepada US$31.58 setong pada 7 Januari 2016
- Pertumbuhan ekonomi di China
- Kenaikan kadar faedah untuk Federal Reserve
Pelarasan, Rasionalisasi, Pengubahsuaian
adalah antara perkataan yang akan dicanang dan dilaungkan setiap kali
berlaku pengubahsuaian.
- harga minyak turun –> pendapatan negara berkurangan –> rakyat kena cukai –> peluang kerja masih terjamin
- harga minyak naik –> kos mengimport bahan api bertambah –> rakyat kena cukai –> bersiap sedia dengan pembuangan pekerja dan peluang kerja semakin terhad
P/S : Berita Semasa difahamkan Kementerian pendidikan antara banyak kena potong menjelang semakan dan rombakan Bajet 2016 kelak. Ermmm…
PP/S : Adakah Jabatan Perdana Menteri
yang telah menggunakan Belanjawan yang besar pada pembentangan sebelum
ini di mana tidak sesuai dengan impak yang telah diberikan oleh
Kementerian ini, akan dicantas peruntukkan? Beranikah?
PPP/S : 3 bulan lalu Menteri dan ahli
poltiik mengatakan Bajet 2016 dipuji ramai tatkala, ramai yang
mempersoalkan membentangan Bajet 2016 yang kurang realistik dengan
keadaan ekonomi hari ini.
Hari ini telah berlaku sebaliknya. Contohnya
seperti di bawah ini…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan