Sabtu, 16 Januari 2016

MPT jual gerai kepada swasta, 30 peniaga Melayu dan Cina dalam kebimbangan

IMG-20160114-WA0032

Oleh Hafiz Zainuddin


MENTAKAB : Kira-kira 30 peniaga kecil, sebahagiannya orang Melayu di gerai Stesen Bas Mentakab dihimpit kebimbangan berikutan menerima notis penamatan sewaan secara mengejut dari Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

IMG-20160114-WA0025

Notis bertarikh 16 Disember 2015 yang ditandatangani Yang DiPertua Majlis Perbandaran Temerloh menyatakan status gerai itu kini tertakluk kepada syarat ‘pemilik baharu’.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menulis surat rasmi kepada MPT dengan mencadangkan pertemuan antara majlis perbandaran itu, pemilik baharu dan peniaga.

“MPT tidak beritahu peniaga awal-awal, tak buat perbincangan. Tiba-tiba hantar notis penamatan sewa. Peniaga pun terkejut. Jadi, kita tunggu jawapan MPT untuk adakan pertemuan,” kata Naib Pengerusi DAP Pahang itu.

Melalui semakan tidak rasmi, Tengku Zulpuri berkata, gerai itu dijual kepada sebuah syarikat swasta pada 2014.

IMG-20160114-WA0035

Beliau percaya masalah seumpama itu dapat dielak jika salah satu cabang amalan demokrasi iaitu Pilihanraya Kerajaan Tempatan dikembalikan sekaligus kebajikan rakyat lebih diutamakan berbanding pihak lain.

“Bila diadakan pilihan raya itu, kes seperti ini mampu ditangani dengan lebih baik, elak salah guna kuasa, dan kurangkan birokrasi.

“Jika ada bantahan dari peniaga setempat, proses bantahan atau apa saja isu dapat diatasi kerana ruang berbincang sebarang masalah lebih luas,” katanya.


Tiada ulasan: