Jumaat, 1 Januari 2016

Ketiga entiti paling rasuah, Najib malukan Malaysia di mata dunia

najib corupt


Oleh Fatih Hassan Nordin


GELANG PATAH : Kerajaan UMNO BN menambah lagi ‘malu’ negara apabila tersenarai antara enam entiti yang paling teruk melibatkan rasuah dan skandal oleh satu laman portal antarabangsa, selasa lalu.

Laporan foreignpolicy.com itu menyenaraikan Federasi Bola Sepak Internasional (FIFA) sebagai paling teruk melibatkan rasuah dan skandal, diikuti Nigeria dan ketiga, Malaysia.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang pada kenyataan medianya mengulangi kata ‘malu’ sebanyak dua kali sambil secara sinis mempersoal sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berani memberi tindak balas terhadap penyenaraian itu.

“Bolehkah kita harapkan Najib yang menyebabkan perkara memalukan ke mata dunia ini,
mempertahankan dirinya pada ucapan tahun baru 2016 malam ini?” katanya.

Turut tersenarai ialah Honduras dan Guatemala di tempat keempat manakala hakim di Ghana serta Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masing-masing di tempat kelima dan keenam.

Malaysia menjadi perhatian dunia apabila Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan satu demi satu penyelewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipengerusikan Najib berkaitan salah guna dana dan sebagainya. – Roketkini.com


Tiada ulasan: