Sabtu, 2 Januari 2016

Husam bimbang Pas jadi pelindung korupsi Umno

Umno-Pas
Umno-Pas
 
 
PETALING JAYA - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyatakan kebimbangan beliau terhadap hubungan baik di antara Pas dengan Umno yang akan memberi kesan kepada nasib orang Melayu selepas ini.

Menurut Husam, Pas dibimbangi akan menjadi pelindung kepada agenda korupsi yang dilakukan oleh Umno demi kepentingan parti berkenaan.

“Saya bimbang kalau-kalau parti saya (Pas) berpakat dengan Umno untuk melindungi korupsi. Tindakan ini lebih membawa bahaya kepada orang Melayu.

“Kepimpinan Melayu tidak akan diterima sekiranya track recored parti agama yang dibawa oleh Pas tidak mampu mempertahankan korupsi yang buruk dan laknat,”katanya ketika hadir di Majlis Makan Malam Pari Amanah Negara (Amanah) Kelantan yang diadakan di Dewan Sivik MBPJ, malam tadi.

Beliau berkata, korupsi merupakan satu dosa dalam Islam malah Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 lalu turut menganggap perkara ini adalah sebagai satu isu yang penting untuk dibincangkan.

Dalam pada itu, Husam turut memaklumkan bahawa isu penyelewengan yang didakwa berlaku dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah merupakan salah satu bentuk rasuah.

“Mana pergi pinjaman berbilion yang dibuat daripada bank-bank dengan mencagarkan tanah diberikan kerajaan?

“ Lebih manfaat kalau wang-wang ini digunakan untuk membantu penduduk Melayu di luar bandar,penduduk  desa,dan nelayan-nelayan miskin,” katanya.

Tiada ulasan: