Selasa, 3 November 2015

Pecat PAS: Azmin guna pendirian Guan Eng sebelum PRU

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau hanya menggunapakai pendirian Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bersabit gesaan ahli parti yang mahu wakil rakyat PAS dipecat daripada pentadbirannya. 
 
Malah Azmin menyifatkan ugutan itu sebagai tidak adil kerana kenyataan itu datang daripada ahli bawahan parti Cina berkenaan.
 
"Itu pandangan DAP Selangor atau seorang delegasi? Saya mengambil pendirian yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk meneruskan khidmat kepada rakyat seperti yang dijanjikan sebelum pilihan raya umum.
 
"Itu keputusan DAP. Anda tak boleh ambil satu pandangan daripada seorang deligasi dan 'go against me' (melawan saya)… saya tak fikir ia adil,” katanya di Lobi Parlimen malam tadi.
 
Beliau mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong yang menggesa supaya pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Azmin untuk memecat wakil rakyat PAS daripada pentadbirannya.
 
Chiong memberi kata dua bahawa DAP akan keluar dari pentadbiran kerajaan negeri itu jika permintaan mereka tidak dilayan.
 
Sementara itu mengulas mengenai pendirian terbaru PAS yang ingin berkecuali dalam usul menolak Bajet 2016, Azmin bagaimanapun memberitahu bahawa beliau masih belum dimaklumkan mengenainya.
 
"Saya tak tahu, itu keputusan baru,” katanya.
 
 

Tiada ulasan: