Jumaat, 17 Oktober 2014

Pemuda PKR Pasrah Jika Anwar Ke Penjara

RAKYATNEWS


alt



KUALA LUMPUR - Pemuda PKR hari ini memberikan janjinya untuk tidak membuat protes terhadap keputusan rayuan akhir Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenapikan hukuman penjara lima tahunnya ekoran meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Naib Ketua Pemuda PKR, Mohd Radzlan Jalaludin berkata, mereka kini telah bersiap sedia menghadapi apa sahaja keputusan mahkamah pada 28 dan 29 Oktober ini.

"Ada dua kemungkinan, tapi kita harap Anwar dibebas dan dilepaskan," katanya di ibu pejabat PKR, hari ini.

Jelas Radzlan lagi, Pemuda PKR juga telah pasrah sekiranya Anwar dimasukkan ke penjara dan akan bersikap aman serta berharap tiada perkara buruk akan berlaku pada hari tersebut.

"Ini adalah kemungkinan yang kita tidak mahu berlaku," ujarnya lagi.

Ditanya sama ada kebangkitan semangat reformasi seperti pada 1998 akan berulang, Radzlan enggan mengulas lanjut mengenai kemungkinan Pemuda PKR akan menganjurkan himpunan besar-besaran jika Anwar dipenjarakan.

Sementara itu, Radzlan menggesa rakan dalam PAS dan DAP untuk turut serta menyatakan sokongan kepada Anwar semasa hari penentuan tersebut.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun kepada Anwar tetapi memberikannya penangguhan sementara menanti keputusan rayuan kesnya di Mahkamah Persekutuan.

Anwar dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin.

Pihak pendakwaan juga memfailkan rayuan balas bagi hukuman penjara yang lebih berat.

Tiada ulasan: