Kita menyedari banyak faktor kekalahan
baru-baru ini terutamanya ialah kita berdepan dengan jentera pusat
sekali gus memperlihatkan sokongan terutamanya daripada golongan muda
semakin menurun.
Beliau berkata, ekoran kekalahan PAS di PIlihan Raya Kecil Pengkalan Kubor, pihaknya telah melakukan ‘post-mortem’ untuk mengenal pasti kelemahan yang ada.
“Kita menyedari banyak faktor kekalahan baru-baru ini terutamanya ialah kita berdepan dengan jentera pusat sekali gus memperlihatkan sokongan terutamanya daripada golongan muda semakin menurun,” katanya.
Jelasnya lagi, melalui ‘post-mortem’ tersebut banyak perkara yang akan diperbaiki.
“Selepas ini kita akan mempergiatkan lagi usaha untuk menambah sokongan muda di seluruh Malaysia,” ujarnya menerusi laporan Sinar Harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan