Jumaat, 10 Oktober 2014

Pembentangan Belanjawan 2015 Pakatan Rakyat : Potong Bajet JPM, Kemaskini CGT (RM3 Bilion), Cukai Warisan Harta, Kenaikan Gaji 2015-2020 (15.9% Setahun)

 


belanjawan 2015



Pembentangan Belanjawan 2015 Pakatan Rakyat : Potong Bajet JPM, Kemaskini CGT (RM3 Bilion), Cukai Warisan Harta, Kenaikan Gaji 2015-2020 (15.9% Setahun) : Seperti tahun pembentangan Bajet Malaysia sebelum ini, Pakatan Rakyat seperti biasa akan bentangkan Malaysia Belanjawan 2015 Pakatan Rakyat untuk dijadikan Belanjawan alternatif menjelang pembentangan Bajet 2015 Malaysia sebentar sahaja lagi.

Seperti kebanyakan negara-negara lain, pembangkang akan turut serta bersama-sama bajet alternatif mereka juga. Sudah menjadi kelaziman di pembangkang di negara lain. Sekali lagi Pakatan Rakyat mengingatkan kepada kerajaan Malaysia supaya berjimat cermat ketika membelanjakan wang negara dan duit rakyat supaya tidak terus tiris dan bocor sehingga menggangu huhat ekonomi negara pada masa akan datang.

 Pembentangan Belanjawan 2015 Pakatan Rakyat : Intipati & Isi Kandungan Penting?

 

  1. Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan diberi tugas sebagai syarikat pelaburan negara yang bertanggungjawab membangunkan sektor pertanian desa sebagai sektor ekonomi negara.
  2. Mewujudkan lebih banyak bandar satelit utama di luar Lembah Klang dan dipindahkan institusi dan jabatan kerajaan ke bandar-bandar satelit ini.
  3. Kerajaan Persekutuan wajar menaikkan pembiayaan kepada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) kepada RM3 bilion berbanding jumlah sekarang sebanyak RM180 juta. bagi membolehkan SJKP meluaskan khidmat jaminan kredit bukan sahaja kepada institusi kewangan tetapi kepada pembeli-pembeli rumah kali pertama sehingga ke nilai RM400,000. Had harga kediaman yang layak dijamin juga perlu ditingkatkan dari jumlah sekarang iaitu dari RM100,000 ke RM400,000 memandangkan sukar untuk mendapatkan rumah mampu milik di bawah paras harga RM100,000 sekarang ini.
  4. Bank Negara Malaysia wajar membenarkan semula Developer Interest Bearing Scheme (DIBS) ditawarkan kepada pembeli kali pertama untuk mengurangkan halangan kewangan memiliki rumah. DIBS boleh digunakan untuk memastikan bayaran-bayaran pentadbiran seperti yuran guaman juga dimasukkan di dalam pakej pembiayaan. Selain itu, Kerajaan Persekutuan sewajarnya memansuhkan setem duti ke atas pembelian rumah pertama oleh pembeli kali pertama untuk mengurangkan kos keseluruhan memiliki rumah.
  5. Pakatan Rakyat, kami mencadangkan penurunan secara beransur-ansur kepada bajet JPM daripada RM10 bilion pada 2015 dan seterusnya kepada RM5 bilion setahun dalam masa beberapa tahun.
  6. Pengurangan drastik terhadap peruntukan kepada PEMANDU (RM39 juta) dan Talentcorp (RM78 juta).
  7. Mengkaji semula peruntukan kepada Program Latihan Khidmat Negara (RM668juta). Fokus akan diberikan untuk pengutamaan kepada aspek keselamatan, akauntabiliti dan nilai untuk wang.
  8. Konsolidasi agensi-agensi tertentu yang dilihat bertindih perlu dilaksanakan. Konsolidasi ini dijangka mampu memberi penjimatan yang signifikan terhadap perbelanjaan negara. Kami telah mengenalpasti agensi-agensi yang mempunyai fungsi yang bertindih dalam pengurusan hal-ehwal inovasi, produktiviti dan keusahawanan. Ini termasuklah, Unit Inovasi Khas (RM106 juta), Agensi Inovasi Malaysia (RM20 juta), Malaysia Industry Group for High Technology (RM20 juta), Malaysian Productivity Council, MPC (RM37 juta) dan yang terkini, Malaysian Global Innovation dan Creativity Centre, MAGIC (RM50 juta).
  9. PETRONAS membuat laporan tahunan kepada Parlimen mengenai prestasi dan kedudukan kewangannya.
  10. Pakatan Rakyat menganggarkan pengenalan CGT akan berjaya mengutip cukai permulaan dalam tahun 2015 sebanyak RM3 bilion. Apabila ekonomi lebih berkembang dan pertumbuhan ekonomi meningkat, kutipan dari CGT atas keuntungan urusniaga melibatkan modal pun akan meningkat tinggi. Pakatan Rakyat mencadangkan CGT diperkenalkan untuk mencukai keuntungan di atas urusniaga melibatkan saham, bon dan termasuk opsyen saham seperti ESOS.
  11. Di negara-negara lain, kerajaan mengenakan Cukai Warisan Harta (inheritance tax) ke atas pemindahan aset di kalangan golongan-golongan kaya. Sebarang perpindahan aset baik secara pemberian hadiah atau akibat kematian akan dikenakan cukai warisan harta. Malangnya Malaysia tidak mempunyai sebarang bentuk cukai yang mencukai keuntungan hasil dari pewarisan harta di kalangan golongan kaya.
  12. Jika dilihatkan kepada keupayaan United Kingdom memungut GBP2.7 bilion (bersamaan RM14 bilion) dari Cukai Warisan Harta dalam tahun 2011, Pakatan
    Rakyat percaya pelaksanaan Cukai Warisan Harta di Malaysia juga boleh memungut cukai yang tinggi. Maka, Pakatan Rakyat mencadangkan supaya Cukai Warisan Harta diperkenalkan bagi sebarang pewarisan atau pemindahan aset bernilai RM5 juta ke atas.
  13. Mewujudkan mekanisme nisbah perkongsian gaji/upah pekerja dari keseluruhan ekonomi negara supaya rakyat Malaysia mencapai kenaikan gaji secara purata 15.9% setiap tahun di antara tahun 2015 hingga 2020 untuk mencapai sasaran ini. Ia bukanlah satu sasaran yang terlalu sukar untuk dicapai kerana kenaikan tahunan nisbah perkongsian gaji/upah pekerja dari keseluruhan ekonomi negara bagi di antara tahun 2008 hingga 2013 sudah pun mencecah 8.7%.
Apa pandangan dan respon anda melihatkan syor dalam pembentangan Belanjawan 2015 Pakatan Rakyat kali ini?

Tiada ulasan: