Ahad, 19 Oktober 2014

Label arak dan rokok RM77 juta, mana suara ulama Umno, Isma?

Oleh: Fiza Halim


KUALA LUMPUR  Golongan ulama dalam kerajaan diminta menyatakan pendirian mereka berhubung kontrak RM77 juta yang diperolehi adik Menteri Pertahanan bagi label keselamatan arak dan rokok bernilai RM77 juta.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Haji Abdul Malik Abul Kassim berkata golongan itu bagaimanapun senyap dalam isu-isu  melibatkan kepentingan Umno-BN.

“Mana suara ulama Umno, mana suara mufti-mufti kerajaan? Kenapa tiada seorang pun daripada mereka tampil memberi pandangan dan menjawab isu ini.

“Adakah mereka semua sanggup berdiam diri kerana nak jaga periuk nasi masing-masing?

“Arak ini haram bagi umat Islam apatah lagi nak menjaga keselamatan dan label produk tersebut,” tegasnya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau yang juga ADUN Maung berkata, ia menggambarkan sikap pilih kasih golongan agamawan dalam Umno yang dilihat hanya berani mengkritik Pakatan Rakyat dalam isu-isu agama.

Sebelum ini, NGO pro Umno seperti Perkasa dan  Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) lantang mempertikai penganjuran pesta arak, Octoberfest yang disertai pemimpin bukan Islam daripada DAP dan KEADILAN.

“Mereka tak akan komen pasal hal ini, kerana hal yang melibatkan anak beranak menteri tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.

“Ini adalah sikap double standard daripada Umno, mereka akan diam terhadap benda yang beri keuntungan walaupun itu perkara haram,” jelasnya.

Tiada ulasan: