Khamis, 9 Oktober 2014

Dedah pertemuan Umno-peguam negara


DETIK DAILY


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa perbincangan antara ketua bahagian Umno dalam satu pertemuan dengan peguam negara dan ketua polis negara pada 14 Ogos lalu didedahkan.

Dilaporkan satu pertemu an diadakan melibatkan 60 ketua bahagian Umno dengan peguam negara dan ke tua polis negara, pada 14 Ogos lalu sejurus sebelum tangkapan dan tindak an mengikut Akta Hasut an dimulakan oleh pihak berkuasa.

“Pertemuan yang dilapor kan itu membawa satu implikasi serius berhubung hubungan dan kerjasama antara Umno dengan pihak berkuasa dalam memulakan tindakan di bawah Akta Hasutan, yang sasarannya mereka yang kritikal terhadap kerajaan Barisan Nasional,” kata Mohamad kepada Harakah.

Jelasnya lagi, pertemuan yang masih tidak dinafikan atau dijelaskan oleh kerajaan itu menimbulkan persoalan tentang bentuk pertemuan itu, seperti sama ada pihak peguam negara dan polis dipengaruhi oleh Dedah pertemuan Umno-peguam negara Umno untuk memulakan tindakan.

Kata Mohamad, ini kerana banyak laporan terbabit telah lama dibuat oleh Umno, tetapi tindakan-tindakan pihak berkuasa itu mula diambil selepas pertemuan itu.

“Persoalan ini perlu dijawab segera oleh pihak pe guam negara dan ketua polis untuk tidak memburukkan lagi persepsi ramai terhadap institusi terbabit,” tegas Mohamad.

Pihak berkuasa memulakan tindakan terhadap beberapa individu mengikut Akta Hasutan, termasuk akti - vis politik dan ahli aka demik, tindakan yang mengejutkan dan mengundang kritikan keras daripada banyak pihak yang melihat tindakan itu berdasarkan pertimbangan politik pemerintah.

Kempen mendesak Akta Hasutan 1948 dimansuhkan digerakkan dengan agresif oleh Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan sejak tangkapan bermula, dan turut mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin Umno dan BN.

Tiada ulasan: