Najib Tun Razak - Foto Bernama Najib Tun Razak - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjelaskan, bahan api seperti petrol RON95, diesel dan Liquefied Petroleum Gas (LPG) dikecualikan daripada dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Perdana Menteri, langkah tersebut diperkenalkan bagi memastikan pelaksanaan GST tidak membebankan rakyat.

"Bagi meringankan beban rakyat setelah GST diperkenalkan, kerajaan bersetuju supaya penjualan runcit minyak petrol R0N95, diesel, dan LPG diberikan pelepasan GST.

" Melalui langkah ini, pengguna dan kumpulan sasaran tidak perlu membayar GST bagi pemberian RON95, diesel,dan LPG," katanya dalam sesi pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, sebentar tadi

Terdahulu baru-baru ini kerajaan telah mengurangkan subsidi petrol R0N95 dan diesel sebanyak 20 sen.

Dengan ini, harga runcit baharu bagi petrol R0N95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Sementara itu, GST akan dilaksanakan pada April 2015.