Khamis, 23 Oktober 2014

Ambil Tindakan Tegas ,Yang Memperalatkan Anak Anak kecil !




Oleh Mohammad Agus Yusoff


Semalam saya didatangi oleh seorang anak kecil dalam lingkungan 9-10 tahun mengutip derma.

Beliau datang jauh dari Utara dengan Ustaznya. Jam sudah hampir sepuluh malam. Saya tengok anak ini letih dan lapar.

Saya pelawa makan, tetapi ditolak. Anak ini cuma mahu wang kerana bimbang kutipan dermanya tidak mencukupi dan dimarahi Ustaz.

Mengapa kita biarkan anak ini membuat kerja yang sebegitu? Jika dari sekolah tahfiz dan rumah anak yatim, bukan begitu caranya kita mencari sumber kewangan.

Saya mahu pihak berwajib mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang menggunakan nama agama dan kebajikan untuk mengutip derma dan mengeksploitasi anak-anak ini.

Terharu sungguh mendengar kisah anak semalam. Tercabar sifat kebapaan dan kemanusiaan saya melihat anak ini. Aduh!!!

Tiada ulasan: