Ahad, 18 November 2012

Jumlah Mangsa Banjir Menurun Kepada 893 Orang




SHAH ALAM : Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Selangor setakat pukul 3 petang hari ini menurun kepada 893 orang berbanding seramai 930 orang semalam.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), mangsa banjir itu ditempatkan Dewan Genting Sanyen, Dewan Orang Ramai Bukit Changgang ,Sekolah Kebangsaan Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang, Kuala Langat dan Dewan Bukit Tadom, Kuala Langat.

Empat pusat pemindahan masih dibuka di negeri itu dan tiada penutupan jalan atau korban banjir dilaporkan setakat ini.

Menurut MKN, orang ramai dinasihatkan selepas banjir reda untuk memastikan minum air yang telah dimasak dan mengelakkan daripada meminum air yang telah tercemar.

Mereka perlu membasuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir serta makan makanan yang telah dicemari air banjir.

Mereka juga perlu melupuskan makanan yang ditinggalkan di dalam bekas atau peti sejuk yang telah dicemari air banjir atau yang telah berbau dan bertukar warna.

Tiada ulasan: