Ahad, 2 September 2012

Tukar Bendera: Perkasa Buat Laporan Polis



KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) pada Ahad membuat laporan polis berhubung tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mengedar risalah menukar bendera ‘Jalur Gemilang’ kepada ‘Sang Saka Malaya’ pada malam ambang kemerderkaan Khamis lalu.

Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata penyebaran gambar itu jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab pihak berkenaan dan ia merupakan satu unsur hasutan kepada rakyat.

"Ini juga satu hasutan kepada rakyat. Bendera ini melambangkan sesebuah Negara, tetapi ianya telah dilacurkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Wira Perkasa memandang serius perkara ini, kita menganggap pihak tak bertanggungjawab ini tidak menghormati negara dan Raja-Raja Melayu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Ahad.

Beliau membuat laporan polis pada pukul 4.30 petang.

Menurut Irwan, enam laporan polis serupa turut dibuat di enam negeri, Melaka, Johor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor oleh Ketua Wira Perkasa Negeri masing-masing.

Tiada ulasan: