PASPB
Bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Douglas Lind, turut mengisytihar penyertaannya dalam KEADILAN, kata Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Ignatius Darell Leiking.
Katanya, penyertaan Douglas yang juga seorang peguam terkenal dibuat serentak dengan pengisytiharan Ibrahim Menudin menyertai KEADILAN Sabtu lalu.
“Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Harris Salleh di era pemerintahan Parti Berjaya,” katanya kepada Keadilan Daily.
Selepas negara gempar dengan pengisytiharan dua Ahli Parlimen keluar BN bulan lalu, dua lagi tokoh tempatan Sabah meninggalkan Umno dan menyertai KEADILAN.
Mereka ialah bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Ibrahim Menudin dan Yahya Lampong.
Ibrahim, seorang tokoh korporat terkenal di Sabah adalah antara pemimpin tempatan yang terlibat dalam membawa masuk parti itu ke negeri berkenaan.
Pengumuman itu dibuat di hadapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan pemimpin utama parti di Kampung Tanjung Aru, Labuan.
Penyertaan Yahya pula diumumkan Anwar pada sambutan Hari Malaysia ke-49 di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran dan disaksikan 10,000 rakyat negeri itu.
Perkembangan ini tentunya memberi tamparan hebat terhadap Umno BN selepas Ahli Parlimen Beafourt, Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing mengisytihar sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Mengulas lanjut, Darell berkata, penyertaan berterusan pimpinan Umno Sabah menyokong Pakatan Rakyat membuktikan parti BN bakal tenggelam pada pilihan raya umum ke-13.
“Jika pengasas Umno pun keluar parti, ini menunjukkan parti ini bakal ditolak rakyat termasuk ahli dan pemimpin mereka sendiri.
“Mesej yang disampaikan Ibrahim Menudin sangat penting, tinggalkan Umno kerana rasuah kian busuk dalam parti itu,” katanya.
Darell berkata, Ketua Menteri Sabah hingga kini juga terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa tapi dikekalkan oleh Najib .
“Mengekalkan pemimpin rasuah sangat memalukan. Saya seru ahli dan pemimpin Umno segera keluar dan bersama KEADILAN demi masa depan Sabah yang lebih baik.
“Pakatan menawar agenda lebih besar untuk rakyat melalui Buku Jingga,” katanya.JALAN PULANG
10 ulasan:
Tidak ada apa-apa yang hebat pun mengenai perkara ini. Datuk Musa sendiri pun berkata BN masih kukuh walaupun perkara ini berlaku.
Kerajaan BN perlu memastikan yang mana kerajaan ini akan terus kukuh di Sabah.
pemimpin ini mungkin masuk PKR kerana ingin bertanding atas tiket PKR di Labuan pada pru akan datang...
jadi boleh tau suda macam mana kredibilitinya ini...lompat hanya kerana ingin menjadi wakil rakyat...
pemimpin2 yang lompat parti sebelum ni pun sebab mahu dapat kedudukan. keluar parti dan buat parti sendiri pula tu. memang tidak mustahil Douglas Lind juga mempunyai kepentingan sendiri yang ingin dicapai.
BN takkan lemah dan tergugat pun.
itu keputusan dia nk sertai mana dia inginkan.
Tamparan apa macam ni? BN tak rasa rugi pun kehilangan ahli yang memang tak sehaluan dengan perjuangan BN
Lagipun, mereka nak keluar pun suka hati mereka la. Takkan nak halang pula?
tamparan yang tidak sakit.. sebab yang keluar ni pun bukannya popular sangat.. nama pun tidak pernah dengar.. sebab itu dia keluar supaya namanya dinaikkan oleh Anwar..
kalau betul niat mereka baik dan ikhlas, kenapa hanya dekat2 PRU baru mahu bertindak?? kenapa hanya bergelar "bekas" baru mahu melompat?
Catat Ulasan