Sabtu, 22 September 2012

Surat palsu PM: Pensyarah UiTM buat laporan polis

MALAYSIA CHRONICLE


MELAKA - Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Lendu di sini, Muhammad Anwar Fahmi Abdullah membuat laporan polis berhubung penyebaran surat mengenai pelantikan Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Hitam sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Muhammad Anwar berkata, laporan polis itu dibuat kerana penyebaran surat palsu yang turut mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas nama Presiden UMNO tersebut adalah berunsur fitnah.
“Saya melihat ada cubaan pihak tidak bertanggungjawab memanipulasi pelantikan Mizan yang sebelum ini Rektor UiTM cawangan Lendu.

“Penyebaran surat palsu ini sebenarnya bermotifkan usaha memburuk-burukkan kepimpinan Najib selain cuba memalukan Mizan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Anwar membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah kira-kira pukul 12.30 tengah hari.- UTUSAN

Tiada ulasan: