Khamis, 20 September 2012

Ramalan ‘kerajaan lemah’ menunjukkan BN tidak yakin, kata Pakatan

TERKINI

 KUALA LUMPUR, – Ahli politik Pakatan Rakyat (PR) berkata bahawa ramalan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir semalam yang menyatakan Barisan Nasional (BN) akan menjadi sebuah kerajaan yang lemah pada pilihan raya akan datang, menunjukkan bahawa gabungan parti pemerintah itu tidak yakin dalam pilihan raya akan datang.

Pemimpin PR juga berkata dakwaan Dr Mahathir tentang kerajaan BN memberikan wang kepada rakyat adalah seperti membeli undi, menunjukkan pentadbiran sekarang tidak mempunyai penyelesaian jangka panjang dan idea untuk negara.

Semalam, Dr Mahathir berkata, amalan memberi wang kepada rakyat adalah seperti membeli undi, dan menambah bahawa itu adalah keputusan yang mudah bila kerajaan sudah tiada masa dan pilihan raya semakin hampir.

Setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, BN selalunya akan “yakin mereka akan dapat menubuhkan kerajaan dengan mudah.”

Beliau berkata pemberian wang dari pentadbiran Najib dilakukan dengan “harapan rakyat akan memberi semula mandat kepada Najib”.

“Sama ada membeli undi atau seperti membeli undi, Mahathir mengaku bahawa kerajaan PM Najib tidak diyakini rakyat,” kata Saifuddin lagi.

Saifuddin menggambarkan itu adalah “satu langkah terdesak dari Najib” dan “tidak mempunyai idea untuk memenangi sokongan rakyat” dan “hanya mahu berbelanja lebih”.

“Dia tidak mempunyai idea untuk membantu rakyat dalam jangka masa yang panjang,” dakwa Saifuddin, dengan menekankan beberapa isu seperti kenaikan kos hidup dan perumahan.

“Najib hanya mempunyai satu idea, iaitu memberi wang (kepada orang ramai),” katanya lagi.

Kerajaan dijangka untuk mengumumkan pusingan kedua pemberian RM500 tunai kepada penduduk berpendapatan rendah bila Bajet 2013 akan dibentangkan minggu hadapan, dan dilihat bahawa sokongan terhadap Najib dan BN akan meningkat akan datang.

Pusingan pertama pemberian di bawah program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) melibatkan lima juta keluarga dan membabitkan wang rakyat berjumlah RM2.6 billion, telah menyebabkan sokongan Najib meningkat kepada 69 peratus, khususnya sokongan dari golongan berpendapatan rendah.

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir yang mengakui kerajaan yang ada sekarang sangat lemah.

Beliau berkata, kerajaan BN kini “tidak yakin” untuk mendapat sokongan dengan tidak mempunyai polisi dan pembangunan yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, kerana itu pentadbirannya hanya memberi wang tunai.

“Mereka terpaksa membeli undi dengan memberi wang tunai, dengan harapan rakyat akan memberi undi kepada mereka,” kata Mahfuz.

Beliau turut berkata bahawa Dr Mahathir mengakui bahawa kerajaan “tidak memahami apa yang rakyat mahukan,” dengan berkata rakyat mahukan “keadilan, ketelusan dan akauntabiliti dari kerajaan memerintah”.

Mahfuz turut berkata bekas perdana menteri itu “mengakui bahawa BN tidak akan mampu memenangi semula negeri-negeri yang dimenangi PR”, merujuk kepada empat negeri yang dimenangi oleh PR selepas pilihan raya 2008.

Liew Chin Tong, setiausaha bahagian antarabangsa DAP, bersetuju dengan berkata “BN tidak yakin untuk menang, sebaliknya peluang hanya 50-50.”

“Mahathir akhirnya mengakui Najib tidak mahu mengakui bahawa pilihan raya kali ini sangat sengit.

“Saya merasakan Najib harus mengakui bahawa BN mungkin untuk kehilangan kuasa, dan dia harus menjanjikan perpindahan kuasa yang lancar dalam pertukaran kerajaan,” katanya lagi.

Beliau memberi komen dalam kenyataan BN untuk memberi bantuan kewangan kepada rakyat, dengan berkata “ia menunjukkan mereka tidak mempunyai pelan untuk pembangunan berterusan”.

“Sementara Najib terus berkata rekod sebagai kerajaan sudah ditunjukkan selama 55 tahun, Mahathir pula berkata pentadbiran ini tidak mempunyai rancangan untuk negara ini,” katanya lagi.

Tiada ulasan: