Khamis, 20 September 2012

Pemuda Pas : Siasat Posting Samakan Nik Aziz Dengan Khinzir




SHAH ALAM: Pemuda Pas mengesa kerajaan pusat mengambil tindakan tegas di bawah Seksyen 114A terhadap seorang pengguna laman sosial Facebook yang menghina Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ini bagi membuktikan yang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serius di dalam menguatkuasakan undang-undang tanpa berat sebelah.

Ketua Penerangan sayap itu mendakwa seorang pemilik akaun di laman sosial Facebook, yang memberi nama “Idham bin Zulkifli”, menyamakan Nik Aziz dengan seekor babi.

“DPPM melihat kenyataan beliau serta posting yang beliau sebarkan terlalu berniat jahat, biadap serta menghina peribadi Nik Abdul Aziz.

“Individu ini telah merendahkan darjatnya dengan begitu hina sekali sehingga hilang kewarasan, dan kemanusiaan serta adab-adab dalam penulisan beliau,” kata Riduan.

Menurut Riduan, Idham telah bertindak memuatnaikan foto Nik Aziz seolah-olah sedang menghirup kuah bersebelahan dengan foto seekor khinzir sedang minum air.

Foto bertajuk ‘Antara Dua Haiwan ini mana yang lebih sopan?’ itu turut disertakan komen oleh Idham, ‘nampaknya begitulah. Babi tu lebih sopan dari Nik Aziz.”

Baru-baru ini kerajaan pusat telah meluluskan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan yang memberi lebih kuasa kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap perkara hasutan di alam cyber termasuk laman facebook.

Pindaan tersebut dikecam oleh pemimpin Pakatan Rakyat kerana didakwa bertujuan untuk menyekat kebebasan bersuaran di internet.

Tiada ulasan: