Khamis, 20 September 2012

Pemimpin Pakatan mohon ampun pada rakyat Sabah

 
Presiden PAS memohon ampun bagi pihak pemimpin Semenanjung hingga menyebabkan rakyat Sabah menderita hidup dalam kemiskinan. 



TUARAN: Dalam apa yang disifatkan sebagai jujur dan tidak dijangka, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon ampun dan maaf kepada rakyat Sabah atas segala perangai buruk para pemimpin dari Semenanjung selama 49 tahun sehingga rakyat Sabah kini menderita miskin walaupun negeri mereka sangat kaya.

Pemimpin ulung PAS itu dalam nada suara yang tersekat, berkata demikian ketika berucap pada sambutan memperingati ulangtahun penubuhan Malaysia kali ke-49 di sebuah restoran di Tuaran pada malam Ahad.

“Biarlah (saya) bersendirian, saya pemimpin dari Semenanjung, walaupun ada pemimpin Pakatan Rakyat lain di sini, …saya memohon ampun dan maaf atas perangai para pemimpin dari Semenanjung selama 49 tahun ini sehingga Sabah menjadi negeri yang paling di bawah…” katanya disambut keheningan termasuk mereka di atas pentas.

Turut mendengar kata-kata beliau itu ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hadi yang juga bekas Menteri Besar Terengganu, berkata adalah zalim dan tidak adil untuk membiarkan rakyat Sabah terus dibelenggu pelbagai masalah seperti kemiskinan dan kekurangan infrastruktur sedangkan negeri sangat kaya sumber minyak.

“Walaupun Pakatan sudah berjanji akan menaikkan royalti minyak dari 5 peratus kepada 20 peratus kepada negeri-negeri yang ada minyak, tetapi dalam Islam diajar kita tidak boleh mengangkut hasil ini keluar dari wilayah itu selagi rakyat di wilayah itu belum selesai masalah mereka,” katanya disambut tepukan hadirin.

“Mari kita ubah keadaan ini… Jangan biarkan rakyat kita di Sabah terus menderita…” katanya lagi.

Hadirin yang dianggar tidak kurang 3,000 orang itu terpaksa bertahan serangan hujan sekejap-sekejap memaksa mereka mencari perlindungan di bawah puluhan khemah yang ada.

Sokong Pakatan kerana PAS 

Seorang pakcik yang turut mendengar ucapan Hadi memberitahu penulis ini, oleh sebab PAS berada dalam Pakatan dia menyokong Pakatan. “Kalau tiada PAS dalam Pakatan, saya mungkin tidak sokong Pakatan,” katanya.

Para pemerhati berpendapat ucapan Hadi mencerminkan kesedaran beliau dan pimpinan PAS bahawa ada kesilapan di pihak para pemimpin Persekutuan dari Semenanjung selama ini dan itulah yang menyebabkan Sabah sekarang termiskin dari segi pendapatan rakyat.

Bagaimanapun, dikhuatiri masih ramai pemimpin dalam Pakatan tidak berpendapat demikian sebaliknya mahu terus melayan Sabah dan Sarawak seperti Umno telah melayannya selama 49 tahun ini.

Sebelum itu dalam ucapan mereka, Guan Eng dan Khalid masing-masing menawarkan negeri mereka kepada rakyat Sabah yang ingin mencari pekerjaan.

“Saya dengar belia Sabah susah mendapat pekerjaan di sini dan tidak pula boleh bekerja di Singapura, jadi kalau susah dapat di sini, saya membuka pintu Selangor untuk anak-anak Sabah mendapatklan pekerjaan,” kata Khalid.

Guan Eng juga menyatakan hal yang sama dalam ucapannya memberitahu masih banyak peluang pekerjaan di Pulau Pinang.

Dua negeri Pakatan itu adalah antara yang paling banyak kilang di Malaysia dan sudahpun menjadi tumpuan para belia dari Sabah dan Sarawak mendapat pekerjaan.

14 ulasan:

hafinA A berkata...

Tidak perlulah berlakon PAS. Penduduk Sabah tahu apa yang terbaik untuk mereka.

hafinA A berkata...

Penduduk Sabah yang patut meminta maaf dengan Pakatan Rakyat kerana tidak memberikan peluang kepada parti itu menjadi kerajaan. Kerana Kerajaan yang ada sekarang ini sudah relevan untuk penduduk Sabah.

Unknown berkata...

Tak sangka PAS pandai buat drama juga ek?

Unknown berkata...

Permohonan ampun tu bukan boleh ubah apa2 juga

mantera berkata...

PAS sendiri pun tak dpt bangunkan Kelantan.

mantera berkata...

mohon ampun tu gimik saja.

Sotong Kurita berkata...

"Presiden PAS memohon ampun bagi pihak pemimpin Semenanjung hingga menyebabkan rakyat Sabah menderita hidup dalam kemiskinan."

hipokritnya la pemimpin ni.. masa dia hina penduduk asli sarawak konon masih tinggal atas pokok dan pakai cawat, tidak pula dia minta maaf..

Sotong Kurita berkata...

Hadi juga sepatutnya meminta maaf kepada penduduk di kelantan kerana negeri itu kekal miskin selepas lebih 20 tahun ditadbir olrh kerajan PAS..

Sotong Kurita berkata...

Hadi juga patut meminta maaf kepada penduduk di Kedah kerana tergamak merobohkan madrasah yang berusia 100 tahun walaupun menghadapi bantahan penduduk sekitar..

Sotong Kurita berkata...

hadi juga patut memohon maaf kepada rakyat kelantan kerana menjanjikan air bersih hanya akan diberikan menjelang 2027..

Sotong Kurita berkata...

pemimpin PAS sabah cakap, rakyat sabah kaya bukan sebab usaha kerajaan, sebaliknya hasil usaha rakyat itu sendiri.. bermakna rakyat miskin juga bukan sebab "usaha" kerajaan, itu adalah kehendak sendiri.. bengap sangat la pemimpin2 PAS ni..

Sotong Kurita berkata...

untuk pengetahuan Hadi, Sabah semakin maju kedepan dengan penurunan kadar kemiskinan, kemasukan pelabur2 asing mengalahkan negeri2 di semenanjung dan kecekapan pentadbiran kewangan dibawah pentadbiran Datuk Musa Aman.. kelantan?? apa yang boleh dibanggakan?

Sotong Kurita berkata...

Kelantan tidaklah besar sangat seperti sabah, tapi gagal dimajukan oleh kerajaan PAS selama lebih 20 tahun.. entah apa akan jadi dengan Sabah jika diperintah oleh PAS.. jangkan seluruh sabah, untuk majukan kampung saya saja un tentu dia fail..

Sotong Kurita berkata...

pendekatan demonstrasi kerajaan PAS tidak akan membawa negara ini maju kehadapan.. sedarlah diri dan banyakkan belajar bagaimana memajukan negeri sendiri..