Isnin, 17 September 2012

Pemimpin BN songlap RM200,000 geran bantuan setengah juta


Oleh Nazar Hashim

KUALA LUMPUR : Satu laporan dibuat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan geran bantuan kebajikan Perdana Menteri (PM) sebanyak RM500,000 yang diberikan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).



Laporan oleh Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard itu dibuat di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

Ia berikutan pendedahan satu set dokumen membuktikan bagaimana geran bantuan tersebut diseleweng sebanyak RM200,000 untuk dibayar kepada orang tengah sebagai komisen.

Dokumen yang ditemui Chegu Bard di rumahnya di Nibong Tebal Tebal 12 September lalu itu menyebut pada 28 Mac 2012 bahawa Kementerian Kewangan telah memaklumkan kepada PBPM mengenai peruntukan sebanyak RM500,000.

Manakala surat maklum balas dari PBPM kepada kementerian mengenai penerimaan tersebut juga telah dinyatakan pada 6 April 2012.

Antara dokumen PBPM yang disertakan sebagai bukti

Minit Mesyuarat Exco ke 192 (02/2012) dan mesyuarat ke 193 (03/2012) persatuan itu turut menyatakan PBPM perlu membayar sebanyak RM200,000 kepada sebuah syarikat yang kononnya menjadi orang tengah bagi mendapatkan geran bantuan tersebut.

“Ini membuktikan korupsi dalam negara sudah semakin teruk, apabila bantuan geran kebajikan pun mesti melalui orang tengah untuk dibayar komisen,” katanya pada sidang media selepas itu.

“Pendedahan ini juga meyakinkan bahawa pemimpin BN yang terlibat membantu PBPM mendapatkan geran tersebut, menjelaskan amalan rasuah dan korup senantias menjadi rutin dalam kehidupan mereka.

“Pendedahan ini perlu segera diambil tindakan bagi mengheret mereka yang terlibat menjadi orang tengah serta menyalahgunakan kuasa bagi mendapat komisen dan rasuah dari mereka yang memerlukan,” tegas Chegu Bard.

Tiada ulasan: