Khamis, 20 September 2012

PAS dakwa BN tidak hantar soalan sidang DUN K’tan

 
Bagaimanapun, ADUN BN Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar ketika dihubungi melahirkan rasa terkejut kerana beliau menghantar tiga soalan.



PETALING JAYA: Sidang DUN Kelantan pada 15 Oktober depan akan menyaksikan tiada satupun soalan dari wakil rakyat BN.

Perkara ini dinyatakan oleh Exco kerajaan negeri, Dr.Mohamed Fadzli Hassan dalam sidang media di Kota Baru sebentar tadi.

Sidang DUN Kelatan akan diadakan selama tiga hari mulai 15 hingga 17.Oktober depan.

Dr Mohamed Fadzli menganggap ini merupakan satu sejarah kepada Kelantan.

“Kami tidak menerima soalan bertulis atau lisan dari pembangkang (BN)…mungkin mereka puas hati dengan kerajaan negeri.

“Mungkin juga mereka telah kekurangan hujah,” katanya lagi.

3 soalan bertulis


DUN Kelantan mempunyai 45 kerusi. Dari jumlah itu Pakatan Rakyat mempunyai 38 wakil manakla BN tujuh orang.

PAS telah memerintah Kelantan sejak tahun 1990.

Sementara itu, ADUN BN Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar ketika dihubungi melahirkan rasa terkejut apabila dikatakan wakil BN tidak mengemukan sebarang soalan.

“Saya sendiri menghantar tiga soalan bertulis…kalau kata tidak ada soalan itu tidak betul.

“Atau mungkin dia (Dr Mohamed Fazli tidak terima lagi, tetapi bahagian saya, saya hantar tiga soalan,” tambahnya.

Tiada ulasan: