Muhammad Faizal, |
KOTA KINABALU: PAS mempersoalkan walaupun sudah 49 tahun Malaysia ditubuhkan dan 59 tahun merdeka namun kenapa Malaysia Timur masih lagi ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri di semenanjung.
Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada ambang sambutan Hari Malaysia di Tuaran semalam berkata, pasti terdapat kesilapan mahu pun kepincangan di dalam pemerintahan sekarang yang mana Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang amat kaya dengan hasil bumi tetapi rakyat dan negeri ini tetap berada dalam kemiskinan.
"Saya melihat secara jelas ada kesilapan berlaku dalam pemerintahan sekarang, di mana negeri ini cukup kaya dengan hasil bumi namun keadaan negeri dan rakyat terus berada dalam keadaan kemiskinan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.
"Ini yang perlu kita semua fikirkan dan kita tidak mahu kekayaan negeri ini dibawa keluar untuk kegunaan lain sedangkan pembangunan serta rakyat terus dipinggirkan," ucapnya di hadapan ribuan rakyat yang hadir.
Presiden PAS itu turut memberitahu, mengikut ajaran Islam kita tidak boleh memindahkan hasil sesuatu wilayah kepada kerajaan pusat selagi hasil itu tidak boleh menyelesaikan kemiskinan di negeri tersebut.
"Sabah dan Sarawak belum lagi selesai masalah kemiskinannya terutama berkenaan hidup rakyat, tetapi hasil kedua-dua negeri ini terus diangkut keluar.
"Janji Buku Jingga akan kita laksana sepenuhnya sehinggalah taraf hidup kedua-dua negeri Malaysia timur serta pembanguan setanding dengan apa yang dialami di semenanjung," sambung beliau.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang itu turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia Timur diatas sikap pemimpin-pemimpin negara yang terus meminggirkan pembangunan negeri dan rakyat dari menikmati kekayaan hasil negeri sendiri.
"Kemerdekaan yang sebenarnya adalah kita mesti bebas dari pemimpin-pemimpin yang menyalahguna kuasa serta yang tidak menunaikan amanah," jelas beliau.
Ustaz Hadi dalam ucapannya turut menjelaskan kenapa PAS mengadakan persefahaman dengan parti-parti dari kaum bukan Islam.
"Suka saya menegaskan Islam yang kami anuti adalah agama yg mengajar bukan sahaja terhadap ibadat tetapi termasuk juga mengajar politik dan cara hidup.
"Dalam politik dan cara hidup, kita disuruh berlaku adil kepada manusia dan kita disuruh bekerjasama menentang yang zalim siapa sahaja yang zalim.
"Dan kita disuruh bersama menegakkan sebuah kerajaan yang adil untuk semua, Islam mengajar kita berbagai kaum dan etnik, berbagai agama dan budaya sepatutnya tidak boleh memecah belah di antara satu sama lain," katanya.
Sambungnya, walaupun terdapat titik-titik perbezaan dan percanggahan serta bertentangan namun terdapat titik-titik persamaaan dalam isu menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.
Sehubungan itu beliau menyeru agar rakyat Sabah dan Sarawak membuat perubahan pada pilihanraya nanti demi mengembalikan hak yang telah dijanjikan pada pembentukan Malaysia serta memastikan pembangunan negeri ini terus selari dengan pembangunan di semenanjung.
"Demokrasi adalah hak rakyat menjadi hakim, sepatutnya rakyat menggunakan demokrasi untuk menghukum parti yang memerintah kalau parti itu tidak betul dan khianat," sambung beliau lagi.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.
Manakala dari PKR pula adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden, Mohamad Azmin Ali, Menteri Besar Selangor tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan beberapa barisan Majlis Pimpinan Pusat.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga turut hadir dan memberi ucapan.
Majlis Sambutan Hari Malaysia itu dipengerusikan oleh Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin juga dihadiri beberapa pemimpin dari Sabah, termasuk bekas bendahari Umno Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin yang baru memgumumkan menyertai PKR.
21 ulasan:
Bela hak rakyat Sabah? Betulkah..Bagaimana dengan hak penduduk Selangor sekarang? Ada apa-apa perkembangan mengenai air dikawasan tersebut. Rasuah sudah selesaikah juga. Masalah projek untuk kroni dapat ditanganikah juga?
Rasanya biarkan saja rakyat menilai sendiri dengan perkara ini. Tapi sebaiknya jangan mudah terpedaya dengan permainan yang dibuat oleh pembangkang.
Macam mana mau menjamin hak Sabah terjaga kalau di tempat asal sendiri masalah rakyat masih belum selesai??
Janji temberang ja ni. Fokus dulu di negeri tadbiran sendiri sebelum 'terbang' ke tempat lain pula.
pembangkang kalau tabur janji mmg hebat. tapi kosong.
jgnlah percaya sgt janji pembangkang.
Jamin bela hak Sabah Sarawak atau jamin bolot keuntungan minyak?
Janji Pakatan tak boleh pakai sangat.
"PAS mempersoalkan walaupun sudah 49 tahun Malaysia ditubuhkan dan 59 tahun merdeka namun kenapa Malaysia Timur masih lagi ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri di semenanjung."
wahh.. tidak sangka PAS yang buat kenyataan ni.. selama lebih 20 tahun PAS mentadbir kelantan, kenapa hanya kelantan sahaja yang paling mundur di semenanjung?? kenapa bekalan air bersih hanya akan diselesaikan pada 2027??
"Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada ambang sambutan Hari Malaysia di Tuaran semalam berkata, pasti terdapat kesilapan mahu pun kepincangan di dalam pemerintahan sekarang yang mana Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang amat kaya dengan hasil bumi tetapi rakyat dan negeri ini tetap berada dalam kemiskinan."
pasti terdapat kesilapan ketika negeri2 lain di semenanjung boleh maju tetapi kelantan terus ketinggalan jauh dibelakang.. malah Sabah yang berlipat kali ganda lebih besar dari kelantan lebih maju berbanding dengan negeri itu.. Hadi tidak malu ka??
"Saya melihat secara jelas ada kesilapan berlaku dalam pemerintahan sekarang, di mana negeri ini cukup kaya dengan hasil bumi namun keadaan negeri dan rakyat terus berada dalam keadaan kemiskinan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain."
ini saja la alasan pembangkang dari dulu "negeri kaya hasil bumi".. nampak sangat mereka berminat dengan hasil bumi sabah..
berkenaan dengan kemiskinan di sabah, itu adalah pilihan sendiri.. terdapat banyak peluang pekerjaan dan perniagaan di negeri ini.. malah PAS Sabah cakap, rakyat kaya adalah hasil usaha mereka.. bermakna rakyat miskin juga adalah sebab usaha mereka..
tidakkah bangang bila rakyat kaya dikatanya usaha rakyat sendiri, manakala rakyat miskin disebabkan oleh kerajaan??
"Ini yang perlu kita semua fikirkan dan kita tidak mahu kekayaan negeri ini dibawa keluar untuk kegunaan lain sedangkan pembangunan serta rakyat terus dipinggirkan,"
bagaimana dengan skandal pasir selangor dan penyelewengan tender di kedah?? bagaimana pula dengan rampasan tanah di Kelantan??
"Presiden PAS itu turut memberitahu, mengikut ajaran Islam kita tidak boleh memindahkan hasil sesuatu wilayah kepada kerajaan pusat selagi hasil itu tidak boleh menyelesaikan kemiskinan di negeri tersebut."
mula sudah dia gunakan agama untuk menarik sokongan.. macam mana pula ketika Hadi menghina kaum asli di sarawak kononnya masih pakai cawat dan tinggal atas pokok?? adakah itu juga ajaran Islam??
"Sabah dan Sarawak belum lagi selesai masalah kemiskinannya terutama berkenaan hidup rakyat, tetapi hasil kedua-dua negeri ini terus diangkut keluar."
berapa kali dia mahu ulang ayat ni?? so macam mana Pakatan mahu selesaikan masalah kemiskinan di sabah? bagi rm5000 setiap bulan kepada rakyat tanpa perlu turun bekerja?? Pakatan hanya tahu bangkitkan isu tapi tidak tahu menyelesaikan masalah itu..
"Janji Buku Jingga akan kita laksana sepenuhnya sehinggalah taraf hidup kedua-dua negeri Malaysia timur serta pembanguan setanding dengan apa yang dialami di semenanjung,"
Wan Azizah cakap, dalam buku jingga ada tersenarai bahawa Pakatan akan memberikan status PR kepada PATI di sabah.. so untuk apa undi Pakatan?
"Ahli Parlimen Marang itu turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia Timur diatas sikap pemimpin-pemimpin negara yang terus meminggirkan pembangunan negeri dan rakyat dari menikmati kekayaan hasil negeri sendiri."
kenapa tidak memohon maaf bagi pihak Blogger Suara PAKATAN RAKYAT yang menghina kaum di sabah?
"Kemerdekaan yang sebenarnya adalah kita mesti bebas dari pemimpin-pemimpin yang menyalahguna kuasa serta yang tidak menunaikan amanah,"
pemimpin2 pakatan juga terlibat dengan penyalahgunaan kuasa.. lihat saja berapa ramai pemimpin Pakatan yang hidup mewah melebihi kemampuan mereka sebagai wakil rakyat atau menteri kerajaan negeri..
"Suka saya menegaskan Islam yang kami anuti adalah agama yg mengajar bukan sahaja terhadap ibadat tetapi termasuk juga mengajar politik dan cara hidup."
politik dan cara hidup sebelum ini jauh lebih aman sebelum pakatan masuk ke negeri ini..
"Dalam politik dan cara hidup, kita disuruh berlaku adil kepada manusia dan kita disuruh bekerjasama menentang yang zalim siapa sahaja yang zalim."
Pakatan lagi zalim apabila tergamak membawa rakyat ke jalan raya untuk bertempur dengan pihak polis.. bukankah mereka sepatutnya membela nasib rakyat?? kenapa jadikan rakyat sebagai perisai pula??
"Demokrasi adalah hak rakyat menjadi hakim, sepatutnya rakyat menggunakan demokrasi untuk menghukum parti yang memerintah kalau parti itu tidak betul dan khianat,"
demokrasi ini jugalah yang digunakan oleh blogger suara pakatan rakyat untuk menghukum Najib tapi dalam masa yang sama menjadikan tarian kaum di sabah sebagai mangsa..
suka saya ingatkan kepada rakyat Sabah bahawa DEMOKRASI pakatan adalah DEMOKRASI PENGGANAS..
Catat Ulasan