MALAYSIA KINI
Ketua
DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini memohon maaf dan menarik balik
tulisannya di Twitter yang didakwa mempersoal bantahan umat Islam
terhadap filem anti-Islam Innocence of Muslims.Tulisan Ngeh (atas) yang dipertikaikan itu menyebut: "Khairy mahu umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile (pengarah Innocence of Muslims). Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya.
"Adakah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini," tulisan anggota parlimen Beruas di Twitter itu dipetik.
Ekoran itu, pelbagai pihak termasuk pemimpin BN dan pembangkang dilaporkan menyuarakan perasaan tidak senang mereka terhadap kenyataannya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan