Ahad, 30 September 2012

Lajim Yakin Sabah Sumbang 10 Kerusi Buat PR




 SHAH ALAM : Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin hari ini menyatakan keyakinan terhadap kemampuan Pakatan Rakyat (PR) memenangi sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di Sabah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurutnya keyakinan tersebut berdasarkan kemampuan pengundi di Negeri Dibawah Bayu itu menukar Kerajaan Negeri Sabah pada 1985 sehingga 1994 serta kesedaran baru terhadap penipuan yang dilakukan oleh Umno-BN.

“Orang Sabah pernah melakukan menukar kerajaan, tak mustahil berlaku lagi kali ini dan kerusi itu akan membantu PR membentuk kerajaan di Putrajaya.

“Selama lebih 50 tahun Umno-BN berkuasa, tak pernah sekalipun bercakap nak kaji semula royalti minyak di Sabah, tetapi PR bersedia beri 20 peratus sekiranya diberi kuasa,” kata Lajim ketika membuat penampilan khas dalam Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing pula melahirkan rasa kesal apabila Kerajaan Umno-BN gagal melindungi Sabah dari kemasukan pendatang tanpa izin.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Tuaran itu berkata tidak kurang 250,000 orang pendatang tanpa izin memasuki Sabah dan sebahagiannya diberikan kerakyatan negara ini dengan mudah.

Sementara itu, Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli ketika berucap dalam konvensyen sama berkata pemimpin dan ahli parti haruslah memberikan fokus terhadap perjuangan untuk menghadapi PRU-13 nanti.

“Dalam konteks Islam, perjuangan rakyat itu juga merupakan suatu perjuangan dalam Islam,” kata Rafizi.

Rafizi turut mengingatkan perwakilan terhadap kepentingan penggunaan startegi betul dalam perjuangan seperti mana dilalui oleh Mathama Ghandi dan Tariq Bin Ziyad ketika menentang musuh masing-masing.

Dalam Rapat Umum Pimpinan Nasional 2012 yang diadakan sepanjang hari ini, seramai 1,500 perwakilan parti itu dari seluruh negara hadir.

18 ulasan:

Unknown berkata...

Lajim bersemangat berjuang utk pakatan rakyat, tapi semua nak jadi calon, huru-hara....

Unknown berkata...

Lajim tidak sebut pun 10 kawasan yang kononya bahaya untuk BN.

Unknown berkata...

Lajim lebih rela beli barang lelong sehingga RM50,000 semata-mata nak ambil hati Anwar.

Unknown berkata...

Lajim perlu sedar yang mana beliau tidak ada sokongan di Beaufort.

Unknown berkata...

Kita boleh lihat sendiri yang mana Kerajaan BN masih Kerajaan yang terbaik untuk penduduk Sabah. Maka pasti mereka akan terus menyokong kerajaan BN.

mantera berkata...

Lajim ni mengarut saja.

mantera berkata...

BN akan tetap kukuh di Sabah.

DorianG berkata...

Barisan Nasional (BN) Sabah secretary Datuk Abdul Rahman Dahlan has expressed regret over the announcement by Umno Supreme Council member and Beaufort chief Datuk Seri Panglima Lajim Okin that he would be joining an opposition party and was ready to be sacked by Umno.Nevertheless, he said, BN Beaufort will now be able to formulate strategies with clear direction, without being bogged down by uncertainties in the last few months created by overdramatised political power play by certain parties.Regardless of this matter, it must be emphasised that BN’s success in developing this country in the last 50 years is not due to individual personalities. It is the collective wisdom of all BN leaders which made it happen. Therefore I believe that in the next general election, the people of Sabah will vote for progress, development, peace and security which are the cornerstones of Barisan Nasional government under the able leadership of YAB Datuk Seri Najib Tun Razak and YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman.

Sotong Kurita berkata...

Lajim mengaku dirinya winnable candidate

Belum pernah berlaku dalam sejarah politik tanahair dimana ahli politik tanpa segan silu mengaku yang dirinya "winnable candidate". Ketika menjawab beberapa soalan dari wartawan Sinar Harian, Datuk Seri Lajim Ukin bersungguh-sungguh cuba mempromosikan diri beliau dengan membangkitkan beberapa perkara bagi menunjukkan yang beliau adalah seorang pemimpin yang disenangi oleh rakyat.

Sotong Kurita berkata...

Lajim mengaku dirinya winnable candidate

Berdasarkan wawancara tersebut, Lajim memberitahu wartawan bahawa beliau keluar meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional kerana budaya cantas-mencantas yang kononnya diamalkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman. Selain itu, Lajim juga membangkitkan isu bekalan air, elektrik dan masalah banjir di kawasan beliau (Beaufort). Secara jujurnya, alasan-alasan ini tidak cukup untuk membuktikan yang beliau adalah "winnable candidate".

Sotong Kurita berkata...

Lajim mengaku dirinya winnable candidate

Jika benar Lajim menjadi mangsa budaya cantas-mencantas yang kononya diamalkan oleh Datuk Musa Aman, bagaimana beliau boleh memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta mengekalkan kerusi MP Beaufort sehinggalah beliau sendiri keluar meninggalkan BN July lalu? kedudukan "kukuh" beliau sepanjang berada dalam BN tidak sedikitpun menggambarkan yang beliau dicantas.

Sotong Kurita berkata...

Lajim mengaku dirinya winnable candidate

Berkenaan dengan kes PRU 2008 dimana Ketua Wanita Umno Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun melawan beliau, kenapa bukan waktu itu sahaja beliau meninggalkan BN? kenapa perlu tunggu selepas hampir 4 tahun atau lebih tepat lagi ketika PRU13 semakin hampir? bukankah ini menunjukkan beliau mempunyai agenda lain selain dari perkara-perkara yang beliau bangkitkan dalam wawancara ini?

Sotong Kurita berkata...

Lajim mengaku dirinya winnable candidate

Berkenaan dengan masalah bekalan air, elektrik serta banjir; Bullet ingin bertanya kepada Datuk Lajim Ukin tentang dimana hilangnya peruntukkan lebih dari RM100 juta ringgit yang TELAH disalurkan oleh kerajaan bagi meningkatkan pembangunan prasarana di kawasan Parlimen Beaufort sepanjang Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9)?? Datuk Lajim Ukin sendiri yang mengumumkan peruntukkan ini pada 26 November 2009.

Sotong Kurita berkata...

Lajim mengaku dirinya winnable candidate

Pada 22 April tahun lepas pula, Lajim ada buat kenyataan seperti berikut;
"bukanlah masa yang sesuai untuk mempertikaikan kepimpinan yang ada sekarang khususnya kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan kepimpinan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah."

Jika benar Datuk Lajim dicantas pada tahun 2008, bagaimana dia boleh buat kenyataan seperti di atas pada tahun 2011? adakah beliau semakin tidak waras, nyanyuk atau diracuni fikirannya oleh Anwar Ibrahim?

Sotong Kurita berkata...

tidak perlulah Lajim menyuarakan keyakinan kononnya Sabah sumbang 10 kerusi untuk PR sedangkan dia sendiri telah ditolak oleh penduduk Beaufort..

Sotong Kurita berkata...

Lajim menuduh kerajaan menyekat peruntukkan ke Beaufort kononnya untuk menjatuhkan beliau sedangkan beratus juta sudah peruntukkan disalurkan ke beaufort tapi tidak ada pun impaknya kepada pembangunan di beaufort..

Tanpa Nama berkata...

Jangan terlalu yakin, PR mungkin akan kalah di Sabah

Tanpa Nama berkata...

Lajim terlalu ego dan mengaku diri sendiri winnable candidate.