Ahad, 23 September 2012

Isu Air Percuma di Selangor : 2,020 Rakyat Selangor Saman Khalid Ibrahim & SYABAS RM1.1 Juta!!

BERITA SEMASA


Tempoh hari sekitar 711 penduduk Selangor telah menyaman kerajaan Selangor kerana gagal memberikan mereka air percuma di Selangor sepertimana dinikmati rakyat Selangor sejak 4 tahun lalu. 

Kali ini 570 penduduk pangsapuri Sri Angsana, Taman Mahkota Cheras pula telah  menyaman kerajaan negeri Selangor. Dan sekarang angka yang menyertai kes saman isu air percuma di Selangor telah meningkat kepada 2020 orang.

Isu Air Di Selangor : Apa Sebab-musabab Mereka Mahu Saman Kerajaan Selangor? Kata mereka

  • Dalam manifesto Pakatan Rakyat dahulu tiada menyebut yang mana air percuma di Selangor hanya diberikan kepada pemilik meter individu sahaja sedangkan mereka menggunakan meter pukul selama ini
  • Kata kelompok yang mahu saman ini, lama dah mereka mahu berbincang isu ini, macam-macam demo, macam banner keluar dah tetapi mereka menganggap Khalid Ibrahim buat-buat “pekak telinga”
  • Kebetulan ada yang mahu menawarkan khidmat guaman percuma untuk saman kerajaan Selangor hari ini
  • Jadi bila tak dapat setelah 4 tahun menunggu, mereka bertindak untuk saman dan menuntutnya menerusi saluran mahkamah
Meter pukal memang zalim diperkenalkan terutamanya jikalau timbulnya masalah “maintenance” liat bayar bil, yang menjadi mangsa penduuk juga. Walaubagaimanapun di pihak Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan, Bangunan dan Setinggan, Iskandar A. Samad ada cerita menarik berkaitan dengan SYABAS melibatkan isu air percuma di Selangor.
  • Syabas dikatakan suka melengahkan proses migrasi meter pukal kepada meter individu terutamanya melibatkan apartmen dan flat
  • Sudah banyak kali pertemuan dengan Syabas dilakukan untuk maklumkan perkara ini, tapi malangnya masih lagi berlaku. Syabas tidak buat kerja dengan cepat.
Baguslah kalau janji-janji/manifesto boleh saman-saman lagi bagus kalau ada ganti rugi teladan… tidaklah selepas ini masing-masing parti politik berlumba-lumba menjanjikan bulan + bintang semata-mata mahu menawan hati rakyat. Betul tak?

Walaubagaimanapun, pada pendapat kami dalam isu air percuma di Selangor ini, air yang diberikan itu adalah kepunyaan pihak pengurusan kediaman mereka. Pengurusan kediaman tidak menyalurkan ke isi rumah tiada kena mengena dengan SYABAS.  Sebab yang membayarnya adalah pihak pengurusan itu sendiri. Nak menang secara teknikal sangat senang kes seumpama ini. Sebab dasar tak kuat. Setakat manifesto.


Apatah lagi, dalam bahasa mudah untuk difahami ia tidak digazetkan sebagai satu “perjanjian sah”. Itu sebablah juga kita boleh lihat berapa banyak papan tanda projek-projek dan manifesto yang dijanjikan yang kena mamah dek anai-anai. Tiada masalah apa-apa pun yang timbul. Sebab ia hanya manifesto. Bukannya sah di antara manusia di situ dan dicopkan.

P/S : Mungkin selepas ini, parti politik yang bertanding semasa membentangkan manifesto masing-masing mestilah menerangkan secara terperinci takut-takut disalahtafsir oleh rakyat. Biasalah manusia, rambut sama hitam tetapi “hati” lain-lain. Macam-macam kerenah….

PP?S : Apa kata rakyat Selangor dengan proses pemberian air percuma setakat ini?

Tiada ulasan: