Jikalau harga minyak
diturunkan rakyat Malaysia begitu mudah sekali mendapat berita
pengumuman ini. Tidak kira yang tinggal di bandar malahan yang tinggal
di ceruk bumi Malaysia pasti akan sediaa maklum dengan berita pengumuman
penurunan harga minyak. Lain pula ceritanya apabila harga minyak
dinaikkan bermula semalam yang melibatkan RON97 apabila harga minyak
RON97 naik secara “diam-diam” oleh kerajaan. Apa sebabnya? Kejutan untuk
rakyat Malaysia?
Rekod Harga Minyak Tahun 2012 Jenis RON97
- 5 April 2012 – RM2.90 290 (naik 10 sen).
- 7 Jun 2012 – RM2.80 (turun 10 sen)
- 5 Jul 2012 – RM2.60 (turun lagi 20sen)
- 24 Ogos 2012 – RM2.70 (naik 10 sen)
- TERKINI : 6 September 2012 – RM3.00 (Naik lagi 30 sen)
Hati kecil kami kuat mengatakan, akan ada beberapa siri kenaikan harga minyak selepas ini dan apabila semakin dekatnya bahang Pilihanraya Umum ke 13 nanti, insyaallah akan ada pengumuman yang agak drastik bagi penurunan harga minyak di Malaysia. Mungkin?
Kalau
selepas ini anda yang biasa menggunakan minyak RON97, apabila anda
angkat picu atau ’nozzle’ terpandang nilai kenaikan melibatkan harga minyak
secara “tiba’tiba” janganlah terkejut kerana trend seperti akan
kerapkali berlaku selepas ini. Mungkin? Selepas apa yang berlaku
baru-baru ini…
P/S : Semenjak pendedahan perbandingan harga minyak antara harga minyak RON95 VS harga minyak RON97
yang dipaparkan di Berita semasa sebelum ini, tiada lagi nampaknya
perbandingan itu dipaparkan di stesen-stesen minyak. Kenapa buang? Mesti
ada sebab-musababnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan