Ahad, 23 September 2012

Guan Eng: Pakatan mesti hapus tiga mitos

MALAYSIA KINI


 
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata parti tersebut mesti menghapuskan tiga mitos mengenai Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Berucap di konvensyen DAP Perak hari ini, Lim berkata parti itu mesti membuktikan bahawa dasar Pakatan tidak akan memufliskan negara.

"Prestasi kita yang cekap di empat negeri Pakatan membuktikan bahawa perkara ini satu penipuan kerana tiada negeri Pakatan yang bankrap, sebaliknya merekodkan lebihan yang besar," katanya.

Mitos kedua, kata Lim, adalah dakwaan MCA bahawa kemenangan Pakatan akan menjurus kepada pembentukan negara Islam, sedangkan Umno mendakwa ia akan membawa kepada pembentukan negara Kristian.

"Penipuan oleh MCA dan Umno ini saling bercanggah. Hujah paling jelas adalah, negara Islam atau negara Islam tidak dinyatakan dalam dasar bersama Pakatan," katanya.

Perkara ketiga, kata Lim, ialah dakwaan bahawa satu rusuhan kaum besar seperti 13 Mei akan berlaku jika Pakatan membentuk kerajaan pusat.

Lim berkata ugutan seperti itu disasarkan kepada golongan bukan Melayu sedangkan perubahan kuasa hanya boleh berlaku dengan sokongan pengundi Melayu.

Tiada ulasan: