Rabu, 19 September 2012

Dr M setuju Malaysia kurang selamat, perlu lebih dana untuk cegah jenayah


KUALA LUMPUR— Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bersetuju bahawa keadaan di jalanan di Malaysia hari ini lebih berbahaya dan melabelkannya sebagai “fenomena baru” yang perlu diselesaikan oleh kerajaan dengan membelanjakan lebih banyak pruntukkan.

Perdana menteri (PM) paling lama memerintah itu mengatakan sudah dapat dilaksanakan di mana orang ramai bergantung seratus peratus kepada polis untuk mencegah jenayah walaupun beliau mengiktiraf langkah kerajaan untuk menambah anggota keselamatan untuk menjamin keselamatan keadaan jalanan.

“Saya rasa isu keselamatan adalah masalah di Malaysia sekarang.. Akan tetapi kita perlu ada kajian terperinci untuk mendapat kepastian tentang itu.

“Kita perlu membelanjakan lebih banyak wang untuk berhadapan dengan sesuatu yang sudah menjadi “fenomena baru,” kata beliau semasa sesi soal jawab  di Forum CEO 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana.

Tiada ulasan: