Ahad, 23 September 2012

Dr M dakwa dana Soros untuk jadikan Anwar PM

MALAYSIA KINI


 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan Mahathir bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab.

mahathir and george soros meet 151206 shaking handsBeliau ditanya mengenai penyaluran dana kepada Suaram melalui pertubuhan yang diasaskan oleh jutawan George Soros.

Mahathir percaya bahawa sebahagian daripada penyaluran dana berkenaan, termasuk yang didakwanya untuk perhimpunan BERSIH, adalah untuk menyokong Anwar.

"Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing?

"Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar.

mahathir and george soros meet 151206 smiles"Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah," kata Mahathir seperti dipetik dalam laporan itu.

Beliau juga menegaskan perkara itu ketika ditanya sama ada pembiayaan daripada Soros memberi kebaikan kepada negara.

"Mana boleh baik, dia nak kuasai kita punya politik... Dia nak pilih orang dia jadi PM," dakwanya.

Tambahnya Soros mempunnyai tujuan tertentu kerana dana berkenaan disalurkan atas nama demokrasi dan kebebasan.

malaysiakini tv report mahathir and george soros 151206"Dia derma dia tahulah ada tujuan dia demokrasi kononnya. Nama dana dia pun berkenaan promosi demokrasi dan kebebasan.

"Jadi kita (seolah-olah) tiada kebebasanlah di sini," katanya lagi.

Ditanya sama ada portal berita Malaysiakini juga terlibat dalam "konspirasi tersebut, Mahathir berkata: "Semua ada kaitan".

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sewaktu satu forum di Kuala Lumpur pagi ini.
 
Selain Utusan, akhbar utama termasuk Berita Harian dan New Straits Times sebelum ini memaparkan dakwaan bahawa badan National Endowment for Democracy (NED) dan organisasi antarabangsa menyalurkan dana kepada NGO tempatan dan Malaysiakini.

Laporan sama juga disiarkan di berita waktu perdana TV3, yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk daripada Open Society Foundation yang diasaskan Soros, bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan di seluruh dunia dan diganti dengan kerajaan proksi.

Bagaimanapun, CEO Malaysiakini menjelaskan bahawa pebiayaan berkenaan adalah untuk projek Southeast Asia Centre for E-Media (Seacem) dan pelbagai projek untuk mempromosi kebebasan media.

Mahathir sebelum ini menggelarkan Soros sebagai seorang tolol dan turut menyalahkan jutawan berkenaan atas krisis kewangan yang melanda Asia pada 1997.

Namun, Mahathir berbaik semula dengan Soros dan mengadakan sidang media bersama pada 15 Disember 2006.

11 ulasan:

gonsikid berkata...

Sudah namanya NGO, patut tak memihak pada mana2 pihak...

kalau dah sudah menentang kerajaan tu, baik terus alignkan diri dengan pembangkang, tak payah nak sembunyi2...

Unknown berkata...

NGO yang memihak kepada Anwar itu bukannya NGO tapi itu boleh dikatakan sebagai pembangkang.

Unknown berkata...

jangan terpedaya dengan Anwar sekarang ini. Memang perkara ini sudah lama berlaku. Ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan kerajaan dengan memberikan dana kepad Anwar.

mantera berkata...

jgn percaya pada anwar.

Sotong Kurita berkata...

pembangkang di Malaysia memang suka bersekongkol dengan kuasa asing untuk menumbangkan kerajaan..

Sotong Kurita berkata...

perhimpunan bersih juga dibiayai oleh kuasa asing.. malah pembangkang juga gemar menggunakan media asing untuk memburuk2kan negara..

Sotong Kurita berkata...

untuk selamatkan negara ini, tolah parti2 pembangkang.. jangan biarkan mereka berkuasa.. apa gunanya pembangkang berkuasa nanti jika Malaysia terpaksa tunduk atau duduk dibawah kuasa aing??

Unknown berkata...

Bagus jangan jadi NGO jika berat sebelah.

Unknown berkata...

Pembangkang tiada dana. Bagaimana mereka nak urus negara? Tiada kapasiti langsung.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kenyataan Mahathir tu tidak betul, Anwar harus saman Mahathir

Tanpa Nama berkata...

Tolak pembangkang untuk selamatkan negara