Ahad, 23 September 2012

DAP gesa Suhakam gunakan kuasa, bantu Suaram

MALAYSIA KINI


 
Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) supaya menggunakan kuasanya untuk menghalang "gangguan dan penganiayaan" ke atas kumpulan masyarakat sivil, khususnya NGO Suaram.

Lim berkata, Suhakam berkuasa mengikut Seksyen 4(1)(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Malausia 1999 untuk menyiasatan sekiranya berlaku pelanggaran ke atas hak asasi NGO tersebut.

Sehingga kini, Suhakam masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi ke atas Suaram walaupun timbul rayuan daripada NGO berkenaan supaya berbuat demikian.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam memberitahu pemberita hari ini bahawa suruhanjaya berkenaan masih belum membuat keputusan mengenai reaksinya ke atas Suaram.

"Kami akan keluarkan kenyataan sedikit masa lagi. Kami perlu membincangkan dengan pesuruhjaya lain tersebtu dahulu.

"Tidak adil bagi kita jika kami keluarkan kenyataan sekarang," katanya dalam sedang media selepas satu kolokium bersama sekumpulan hakim kanan hari ini.

Lim juga menggesa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menghentikan "perang" yang dilihatnya dijalankan Umno dan BN ke atas kumpulan masyarakat sivil dan gangguan serta penganiayaan ke atas Suaram, BERSIH dan juga portal berita Malaysiakini.

Tiada ulasan: