Sabtu, 15 September 2012

Apa Jadi Dengan Pembinaan SMK Kuala Berang?

Wartawan Buletin 

HULU TERENGGANU – Rakyat Kuala Berang khususnya dan daerah Hulu Terengganu amnya tertanya-tanya, apakah yang telah menyebabkan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Berang di sini, terbengkalai.

Menurut Setiausaha PAS Kawasan Hulu Terengganu Haji Muhyiddin Rashid, beliau dimaklumkan kontraktor pembinaan sekolah tersebut telah ‘cabut lari’ kira-kira tiga bulan yang lalu.

“Saya dimaklumkan, kontraktor dan punggah semua barang dan tinggalkan tapak pembinaan tiga bulan yang lalu, kita (PAS) harap ada penjelasan dari pihak berkenaan,

“mengapa pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Berang  di atas Lot PT 7274, Hulu Terengganu, Terengganu,”ujarnya.

Haji Muyiddin yang juga Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas program meraikan anak yatim ‘Masih Ada Yang Sayang’ di sini pada Sabtu 11 Ogos.

Tiada ulasan: