Rabu, 11 Julai 2012

V.JOTHI, JANGAN PARIAKAN MIC!

ANUMANTHAN A/L MUNIANDY




POLEMIK antara Chong Su Li yang mewakili Kumpulan Pejuang Kebenaran Sabah dengan '3 Keling' menarik perhatian saya berhubung tidak relevannya Kongres India Malaysia (MIC) ditubuhkan di Sabah; apatah lagi pengakuan jujur Presiden MIC, Datuk G. Palanivel bahawa hampir 40 peratus daripada 700,000 ahli MIC belum berdaftar sebagai pengundi.

Teguran Naib Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan, melalui artikel di Sabahkini.net bertajuk 'MIC Parti Haram Di Sabah' mendedahkan sebahagian besar ahli MIC di Sabah adalah ‘Ahli Hantu’ atau tidak wujud kerana jumlah penduduk India di Sabah boleh dikira dengan jari dan hairan kenapa MIC boleh ditubuhkan di Sabah.
 
Kata Zainuddin, pendatang asing daripada India yang mendapat IC Projek dan IC Palsu majoritinya adalah ahli UMNO dan MIC terpaksa mencipta ahli hantu bagi membolehkan mereka menubuhkan cawangan dan bahagian di Sabah dengan 'Izin' Pendaftar Pertubuhan Malaysia kerana sebelum ini UMNO telah menggunakan modus operandi yang serupa pada 1991-1993.

Kenyataan Zainuddin memang berasas kerana mengikut Banci Penduduk 2010, bilangan penduduk India di Sabah hanya 12,004 orang sahaja dan daripada jumlah tersebut hanya 6,886 sahaja yang layak menjadi ahli dan mengundi kerana bakinya, 5,118 adalah di bawah umur.

Apakah 6,886 orang India boleh menubuhkan satu Badan Perhubungan Negeri yang diketuai V.Jothi sejak lebih 15 tahun lalu sedangkan 90 peratus daripada India berkenaan telah menjadi ahli UMNO dan KIMMA secara automatik sebaik sahaja mereka mendapat MyKad kerana bangsa mereka ditukar kepada 'Melayu' atau 'India Muslim' sekalipun 'beragama Hindu!'.

Saya terkilan kerana V.Jothi sanggup memperdaya Kerajaan Negeri Sabah dengan menggunakan 'Paria' dari India dan 'Ahli Tidak Wujud' di Sabah sebagai 'Modal Politik' untuk membolehkan 'MIC' mendapat 'kuota' jawatan, agehan ekonomi dan suaka politik.

Sebagai contoh, ahli MIC di Silam tidak sampai 100 orang dan saya hairan bagaimana MIC boleh ditubuhkan dan mempunyai kuota dalam Majlis Daerah serta mengusahakan Kolej Haram iaitu Kolej Tiram.

Memang agak jelek dan memalukan jika V.Jothi dengan muka tidak tahu malu mengarahkan Ketua Pemuda MIC Sabah, Taren Sunil Manoharan meminta jawatan Senator dan Adun untuk MIC; apatah lagi kewujudan mereka di Sabah tidak menambah dan ketiadaan mereka tidak mengurangkan populariti BN.

Sebagai Pengerusi MIC Sabah, V.Jothi sepatutnya membela nasib rakyat Malaysia berketurunan India yang diundang dari Semenanjung Malaysia ke Sabah di bawah 'Program Untuk Kemajuan Ba!' sekitar 1960-an mendapatkan taraf penduduk tetap dan dokumen pengenalan diri.

Malangnya walaupun kehadiran mereka diterima secara sah dan melalui perjanjian dengan Lembaga Kumpulan Wang Migrasi dijadikan enakmen pada 25 Ogos 1966 dan diwartakan melalui P.U.319 di bawah Seksyen 55 dan 121 Ordinan Buruh Sabah, namun janji untuk memberikan mereka 'Taraf Penduduk Tetap' (PR) umpama janji 'Bohjan' kepada 'Bohsia'.

Sebaliknya Kerajaan Negeri Sabah di era Osu Sukam telah mendesak agar 'Pelarian Perang' daripada Filipina yang menghuni semua penempatan pelarian di Sabah yang sebelum ini menggunakan IMM13 diberikan 'Taraf Penduduk Tetap' dan mereka menikmati keistimewaan tersebut sehingga ke hari ini.

Manakala rakyat Malaysia berketurunan India terus di 'Paria'kan oleh V.Jothi yang langsung tidak mempunyai 'Political Will' untuk menyelesaikan masalah dokumentasi mereka yang berlarutan sejak hampir 50 tahun lalu.

Berbanding Warga India daripada India yang mendapat kerakyatan songsang dalam masa antara satu bulan sehingga dua tahun, rakyat Malaysia berketurunan India di Sabah tidak ubah seperti 'Pandikutty' atau 'Anak Khinzir' yang tidak mendapat tempat di Kampung Melayu di Semenanjung Malaysia.

Memang diakui mengikut rekod Lembaga Kumpulan Wang Migrasi, terdapat lebih kurang 202 keluarga India yang dihantar ke Sabah untuk bekerja di estet kelapa sawit di Sabah sekitar 1967 sehingga 1975, tetapi mereka tidak mengambil kira anak isteri, generasi kedua, ketiga dan keempat yang kebanyakannya telah kembali ke Semenanjung Malaysia kerana mengalami kesukaran hidup di Sabah akibat masalah dokumentasi.

Daripada jumlah tersebut hanya 82 orang sahaja telah dikenal pasti dan menurut V.Jothi permohonan rasmi telah diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk pertimbangan Ketua Menteri Sabah; tetapi belum ada sebarang pengumuman rasmi sehingga ke hari ini.

Sehubungan itu, sebagai salah seorang anak malang daripada mangsa Lembaga Kumpulan Wang Migrasi yang tidak mendapat kerakyatan Sabah; sebagaimana yang dinikmati warga asing Filipina dan Indonesia yang bukan sahaja mendapat Taraf Penduduk Tetap, malah diberikan taraf warganegara Malaysia dalam sekelip mata; maka saya mendesak agar V.Jothi membubarkan MIC kerana telah gagal memperjuangkan kepentingan masyarakat India di Sabah. SABAH KINI

9 ulasan:

mantera berkata...

India tidak ramai di Sabah.. jadi peranan MIC di Sabah belum nampak lagi.

Unknown berkata...

Politik perkauman memang banyak muncul PRU kali ni. sepatutnya isu ni tidak ditimbulkan.

Unknown berkata...

Waa..apabila orang India sendiri memberi teguran terhadap MIC.

Unknown berkata...

Jalankan tanggungjawab dengan jujur. Jangan ada penyelewengan

Bujang Senang berkata...

Isu ini semakin dibangkitkan oleh Chong Su Li.

Bujang Senang berkata...

Apa pun kita tunggu saja siasatan kebenaran bagi hal ini. Kerana jika dilihat bukti langsung tidak ada untuk mendakwa india Sabah ini.

Sotong Kurita berkata...

saya sudah hilang minat mahu mengikuti perkembangan isu ini di Sabahkini.. asyik2 buat pendedahan di media, tapi tidak ada juga tindakan diambil..

Sotong Kurita berkata...

kadang2 saya rasa isu ini tidak lebih dari sekadar persaingan perniagaan.. sebab itu hanya berlegar2 di Sabahkini, bukannya di mahkamah..

Sotong Kurita berkata...

kalau pengadu benar2 mahu mendedahkan jenayah yang dilakukan oleh pihak tertuduh, kenapa tidak serahkan saja bukti2 itu kepada pihak polis dan follow-up kes itu di balai polis atau mahkamah??