qarnain |
"Syabas diucapkan kepada ketua pemuda pas Ustaz Nasaruddin kerna beliau berjaya menyampaikan debat dengan benar-benar segar, bersifat baru dan mewakili suara anak muda. Begitu banyak fakta yg diberikan malah menjawab soalan pihak lawan dengan begitu baik sekali. Beliau berjaya mencerminkan diri beliau sebagai pemimpin pemuda yg disegani dan harus diikuti. Pasti ramai anak muda yg teruja dengan kata-kata nya,anak muda inginkan perubahan.
Ustaz Fathul Bari dilihat terperangkap dengan persepsi negatif yg mungkin beliau kutip dari akhbar utusan atau tv3. Beliau setuju dengan dasar pas Islam, Al Quran dan Hadis. Buktinya beliau sendiri menggunakan elemen tersebut. Beliau menekankan soal nasihat. Beliau juga mengkritik anak muda dengan mengatakan mereka golongan yg mudah bertindak melampaui batas.
Kedua belah pihak bercakap dengan begitu baik dan pantas,setiap saat digunakan sebaik mungkin. Namun isu yg lebih penting adalah hujah siapa yg lebih bernas untuk kita analisis dan memahami sebagai rujukan hidup khususnya anak muda masa kini. Mari kita letak ke tepi pihak mana yg mereka wakili sebagai permulaan untuk kita mendalami fakta masing-masing. Maka di penghujung nanti seharusnya kita melihat secara kesuluruhan iaitu ahli kumpulan masing-masing dan juga dasar parti.
Ustaz Fathul Bari tidak layak bergelar pemimpin kerana gagal memahami bahawa mangsa persepsi negatif no 1 negara adalah Dato Seri Anwar Ibrahim. Ini dapat dilihat melalui di seluruh media tanah air kita baik televisyen, akhbar,media cetak, radio,video dan juga internet. Ini menunjukkan beliau kurang bijak dalam melakukan penilaian terhadap senario semasa. Dari mula hingga ke akhir debat beliau kerap kali menekankan soal persepsi yg boleh mengundang fitnah malah menjatuhkan reputasi seseorang individu. Apakah beliau kuno,tidak menonton berita semasa? dan membaca akhbar?Bukankah Anwar ibrahim difitnah setiap hari, siang dan malam begitu juga dengan pemimpin pakatan yg lain termasuk yg bertaraf ulama. Semua itu datang dari ahli kumpulan Ustaz Fathul Bari sendiri,yaitu UMNO dan BARISAN NASIONAL. Adakah beliau menasihati semua rakan-rakan beliau yg membuat sesuatu melampaui batas?
Persepi sentiasa timbul,bagaikan pohon yg sentiasa bergoyang ditiup angin. Islam telah meletakkan hukum bagi mengawalnya baik dari segi individu,keluarga,dan negara. Sebagai contoh hukum tutup aurat, hukum cerai,dan sifat adil dalam memerintah mampu mengelak fitnah atau persepsi buruk.
Contoh terbaik kepimpinan Tok Guru Nik Aziz di Kelantan. Perlu diingatkan disini, persepsi ada yg benar ada yg salah faktanya.Maka hukum islam dan juga bukti harus digunakan untuk mendapatkan jawapan yg relevan dan praktikal. Sebagai contoh, akhlak,pemikiran dan sifat peribadi seseorang yg mengeluarkan hujah harus diambil kira.
Begitu tegas sekali Ustaz Fathul Bari berhujah tentang nasihat demi membawa kebaikan. Persoalan yg timbul disini, apakah beliau menasihati Dato Seri Najib soal aurat isterinya?Ini kerana ia boleh menimbulkan fitnah dan persepsi buruk,aurat hukum penting dalam Islam.Sekiranya perkara asas beliau gagal menasihati,bagaimana pula tentang hukum hakam Islam yg lain. Apakah perkara sebenar yg dilakukan beliau sebagai ulama muda Umno?Bagaimana dengan hukum ekonomi Islam dan undang-undang Islam seperti hudud?
Ustaz Fathul Bari juga berhujah bermati-matian bahawa Islam tidak mengajar semuannya boleh diperolehi percuma.Bukankan sedekah, hadiah,zakat,wakaf dan harta faraid diperolehi percuma? Ustaz Fathul cuba menjadi hero dalam isu pendidikan percuma ptptn. Kredibilitinya sebagai ulama muda jatuh tergolek apabila mempermainkan isu anak muda dalam soal pendidikan. Beliau mengabaikan perjuangan mahasiswa.
Ustaz Nassaruddin memberi contoh di serata dunia arab tentang golognan muda yg menentang pemerintah zalim.Ini menunjukkan beliau mengikuti dan bergerak mengikut aliran semasa. Beliau juga mempamerkan bukti melalui audit negara bahawa pas parti Islam mampu mentadbir dengan baik sekali. Beliau memuji peranan anak muda yg lebih pantas,berani dan proaktif dalam perjuangan malah mendominasi lanskap politik.
Kepada Ustaz Fathul anda disarankan bertanding dalam pilihan raya,bermain secara lebih gentleman bukan sekadar mengkritik apa sahaja yg dilakukan pemimpin pas dan pakatan rakyat. Anda belajar tentang Islam tapi memilih kumpulan yg salah, bagaimana anak muda ingin menyokong anda?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan