Sabtu, 14 Julai 2012

Uncleseekers.blogspot.com 2012 : Blog Disekat TM. Apakah Kebenaran Dakwaan Penyelewengan Kerabat Sultan Johor?

Staff Berita Semasa 
 
UncleSeekers Uncleseekers.blogspot.com 2012 : Blog Disekat TM. Apakah Kebenaran Dakwaan Penyelewengan Kerabat Sultan Johor?


Uncleseekers.blogspot.com : Selepas menggemparkan negara dengan pelbagai liputan siri demi siri mengenai dakwaan yang dilemparkan melibatkan antara pemimpin peringkat tertinggi negara termasuklah Sultan Johor, Sultan Ibrahim, blog Uncleseekers.blogspot.com telah mula disekat oleh Telekom Malaysia (TM) untuk terus diakses oleh rakyat Malaysia….

Ya…kami sendiri telah membaca pendedahan dan dakwaan yang dikeluarkan melalui blog Uncleseekers.blogspot.com daripada PART 1 sehinggalah laporan yang terakhir iaitu siri yang ke 64. Kami membaca pendedahan liputan dan laporan yang dikeluarkan daripada blog Uncleseekers.blogspot.com yang mana telah disertakan dengan rujukan termasuklah bukti-bukti dan dokumen sokongan dengan harapan memberikan keyakinan pada pembacanya.
“Kami hendak percaya bulat-bulat? Tidak sama sekali”
Tetapi semua orang boleh menilainya dengan menganalisis maklumat daripada pelbagai sudut…..

Kandungan Blog Uncleseekers.blogspot.com Menipu VS Penyelewengan Kerabat Johor? Mana Satu?

Yang mana menyebabkan kami meninggalkan di sini beberapa persoalan di sebalik kontroversi melibatkan laporan blog Uncleseekers.blogspot.com ini. Antara lainnya termasuklah :
1. Pertama, mengapa apabila polis menahannya pemilik blog Uncleseekers.blogspot.com dan simpan pula dia di Johor Bharu. Sedangkan pada awalnya Uncle Seekers ditahan di Senawang? Paling tidak pun kes besar seperti ini biar Bukit Aman yang ambil alih. Mengapa polis Johor dan juga Johor (Johore Military Force) pula yang terbabit sama?
2. Bagaimana begitu mudah dokumen-dokumen penting seperti yang diterbit di blog Uncleseekers.blogspot.com ini yang membabitkan boleh diperolehi dan “bocor” secara mudah kepada umum? Persoalannya siapakah kalangan yang menjadi “tali barut” yang membocorkan dokumen tersebut. Adakah hanya Uncleseekers sahaja atau ada……? Ini kerana secara tiba-tiba beberapa bulan kebelakangan ini rakyat Malaysia terus dihidangkan dengan pelbagai liputan, dakwaan, dokumen melalui laman blog Uncleseekers.blogpot.com mengenai kerabat Sultan Johor sebelum beliau ditangkap…
3. Seterusnya……bukankah seharusnya Uncleseekers didakwa atas kesalahan memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim? Dan kenapa pula beliau ditahan dibawah OSA bukanya Akta Fitnah 1957 sekiranya cerita-cerita tersebut adalah palsu? Apa kena mengena dokumen-dokumen tersebut  mengena dengan kerajaan atau undang-undang? Adakah OSA boleh juga digunakan dalam kes seperti skandal National Feedlot Corporation? Ehem…..
Uncleseekers.blogspot.com 2012 Uncleseekers.blogspot.com 2012 : Blog Disekat TM. Apakah Kebenaran Dakwaan Penyelewengan Kerabat Sultan Johor?
4. Selain itu, mengapa kami perhatikan maklumat peribadi Orang Kena Tangkap disebarkan dengan jelas di mana terpampang di media-media arus perdana termasuklah di media cetak mahupun elektronik sebelum pendakwaan rasmi dibuat?
5. Kami tidak dapat memahami kenapa dan mengapa dokumen yang didedahkan itu tidak di perbincangkan untuk mendapat kebenaran? Yang ini sebenarnya fokus rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Johor amnya yang mana mahu mengetahui dengan lebih lanjut. Tetapi lain pula jadinya…
6. Tiba-tiba….. kedengaran pula seperti yang diketahui ramai ketika ini, Uncleseekers didakwa positif dadah di mana PDRM telah pun tampil mengesahkan perkara tersebut? Adakah tuduhan sebelum ini “tidak sesuai” sehingga diubah ke tuduhan yang lain? Atau…sebenarnya Uncleseekers sememangnya seorang penagih? Adakah mungkin selepas ini kita akan mendengar pula kenyataan akhbar yang mengatakan Uncleseekers telah didapati tidak failkan pendapatan dengan income tax? Ataupun…..UncleSeekers didapati ada saman PDRM tertunggak? Mungkin akan terjadi?
UncleSeekers Positif Dadah Uncleseekers.blogspot.com 2012 : Blog Disekat TM. Apakah Kebenaran Dakwaan Penyelewengan Kerabat Sultan Johor?
7. Yang peliknya di sini, sampai ke hari ini belum ada kedengaran lagi sebarang kenyataan rasmi keluarga dan pembangkang yang selalu meminta keadilan bagi pihak seperti menghadapi pertuduhan melibatkan “golongan atasan”?
8. Dan ini seterusnya membutirkan persoalan terakhir seperti di manakah perginya para barisan peguam dan hak asasi manusia bagi kes seperti Uncleseekers? Bukankah kita acapkali akan melihat barisan peguam (percuma) termasuklah yang tampil membantu sebelum ini yang menyokong seorang pelajar yang bernama Adam Adli hanya kerana kes yang membabitkan perhimpunan haram dan penggantungan pelajaran beliau? Adakah ini yang dikatakan, KEADILAN untuk yang kelompok dan golongan terpilih sahaja dan ..dan mungkin Uncleseekers bukan antara yang terpilih……Benarkah?
9. Bagi kami walau apa jua pertuduhan yang dikenakan kepada UncleSeekers di sini, fokus rakyat Malaysia ketika ini ingin tahu kebenaran disebalik pembongkaran demi pembongkaran yang ada ketika ini kerana ia membabitkan kepentingan rakyat juga negara. Ini sebenarnya fokus yang lebih penting yang perl diselesaikan pihak yang berkuasa dengan segera….Dan sesekali alihkan tumpuan rakyat!!
Tiada masalahnya sebenarnya jika penangkapan Uncleseekers berhubung dengan isu blog Uncleseekers.blogspot.com boleh membantu menyelasaikan pelbagai laporan yang tersebar kepada umum ketika ini kerana sememangnya ia sudah menjadi hak pihak berkuasa yang menyiasat terhadapnya. Sudah semestinya pihak PDRM sedar akan kesalahan Uncleseekers yang mungkin perlu didakwa atau mungkin juga tidak pada awalnya…..

P/S : Yang pastinya disebalik kontroversi blog Uncleseekers.blogspot.com ada kalangan yang dilihat berjaya mengambil kesempatan dan “menjernihkan” wajah masing-masing. Masing-masing ada yang dilihat ibarat menangguk di ayer yang keruh

PP/S : Apa pandangan anda pula (rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Johor amnya) disebalik kontroversi kandungan blog Uncleseekers.blogspot.com mengenai kerabat Sultan Johor. Apa yang ingin anda perkatakan ketika ini?

Tiada ulasan: