Selasa, 24 Julai 2012

Ulama Muda Umno boleh tanding PRU13

Wartawan Sinar Harian

Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13 
 
 
SHAH ALAM – Walaupun majlis ulama tidak menjadi sayap parti Umno, Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) masih boleh bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, ini berdasarkan peraturan bahawa mereka yang bergelar ahli parti layak memberikan nama untuk bertanding.

“Tiada masalah, siapa-siapa yang jadi ahli Umno boleh menjadi calon, malah individu daripada Ilmu lebih berpeluang untuk bertanding dalam PRU13,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada Ilmu boleh bertanding dalam PRU13 walaupun cadanganmenjadikan majlis ulama sebagai sayap parti tidak menjadi kenyataan.

Sebelum ini, Pengerusi Ilmu, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Ilmu tidak menolak kemungkinan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya sekiranya mendapat lampu hijau dari kepimpinan pusat.

Menurutnya, Ilmu sedia menghulurkan bantuan jika diperlukan parti, bagaimanapun beliau menegaskan pihaknya bukan jenis yang meminta-meminta, tetapi sedia membantu jika diperlukan bagi memperjuangkan prinsip Islam.

Tiada ulasan: