Isnin, 16 Julai 2012

TAUKEH SABUNG AYAM DILINDUNGI POLIS KENINGAU?




SHARUL KHAIRY.


 SAYA, Sharul Bin Khairy ingin membuat aduan mengenai kegiatan judi Sabung Ayam dan 'Ketam-Ketam' yang semakin berleluasa di Daerah Keningau.

Baru-baru ini, saya bercuti ke Keningau dan kebetulan ada saudara saya mengajak saya pergi ke suatu tempat. Saya hanya mengikut sahaja. Dari jauh saya melihat hanya sebuah kilang kayu lama yang telah usang.
 
Tanpa diduga 'Pesta Sabung Ayam' sedang berlangsung dan acara 'Ketam-Ketam' juga diadakan. Saya mendapat sedikit maklumat dari pengunjung di situ bahawa ketua atau 'taiko' kegiatan judi itu adalah Ah Siong.

Ada maklumat mengatakan bahawa Ah Siong tidak pernah bekerja dan hairannya dia mampu memiliki sebuah rumah di taman perumahan dan membeli dua buah kereta baru, salah satunya VIGO 3.0 dengan nombor plat SU7138 B.

Ah Siong berbadan gemuk dan pendek. Hampir seluruh penduduk daerah Keningau mengenali nama Ah Siong kerana setiap kali acara sabung ayam diadakan, beliau sekeluarga akan hadir.

Acara ini akan diadakan dua kali seminggu iaitu pada setiap hari Sabtu dan Ahad atau pada hari cuti umum. Para peminat sabung ayam, walau datang dari jauh seperti Sandakan, Labuan, Beaufort, Ranau dan Kota Kinabalu akan turut serta berjudi di gelanggang yang tidak berlesen ini.

Kelihatan ada juga kakitangan kerajaan akan turut hadir membawa ayam yang akan disabung. Setiap kali acara sabung ayam yang diadakannya, dia mampu mengaut untung sehingga RM40,000 sehari, sedangkan cukai untuk sebuah gelanggang sabung ayam dan 'Ketam-Ketam' adalah RM50,000.

Cuba bayangkan berapa pendapatan yang dia mampu perolehi dalam sebulan sedangkan tiada pekerjaan yang mampu dilakukannya selain membuka gelanggang acara sabung ayam di Sogun dan Kg. Menawo, Keningau?

Yang menjadi tanda tanya saya, mengapa pihak berkuasa hanya menutup mata mengenai hal ini atau adakah pihak berkuasa telah menerima sogokan daripada Ah Siong?.

Sekiranya IPD Keningau dan IPD Kepayan tidak mengambil tindakan mengenai hal ini, saya akan merujuk perkara ini ke IPD Bukit Aman dan mendedahkan siapakah pegawai yang melindungi Ah Siong selama ini.

Tiada ulasan: