Oleh Aisha Geoffrey
KUALA LUMPUR i: Kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti tidak serius membantu rakyat apabila mengabaikan tuntutan pendidikan percuma tetapi hanya mampu memberi kad diskaun kepada mahasiswa, kata Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang.
“Tanggungjawab kerajaan adalah untuk menyediakan pendidikan percuma. Bagi diskaun buat apa? Itu menunjukkan kerajaan BN tak serius menjalankan tanggungjawab membantu rakyat.
“Kita juga dah bincangkan, perbelanjaan untuk pendidikan percuma itu tak banyak mana pun, tapi kenapa PTPTN (Perdanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) sampai sekarang belum dimansuhkan. Kerana apa? PTPTN berguna untuk keuntungan kroni saja,” katanya dihubungi Keadilan Daily.
Beliau mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam kononnya 1.5 juta mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) seluruh negara akan mendapat manfaat dari pelancaran Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M).
Menurut Abas, pertumbuhan jumlah IPTS di seluruh negara yang dikuasai kroni semakin meningkat hasil kewujudan PTPTN menyebabkan silibus pendidikan menjadi semakin tidak berkualiti.
“Malangnya pelajar yang terpaksa menanggung kos itu dan menjadi mangsa bila mencari pekerjaan kerana sijil tidak laku. Ini adalah satu penganiyaan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan