Menteri Besar juga enggan megulas perletakan
jawatan Latheefa Koya sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
memandangkan surat belum diterima.
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mengambil sikap “tunggu dan lihat” sebelum tindakan susulan dibuat berhubung dakwaan MCA yang menuduh wujud penyelewengan wang lebih RM1 bilion bagi menyelamatkan syarikat Talam Corporation Bhd.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau menggalakkan MCA untuk terus membuat kenyataan secara terperinci sehingga angka tersebut mencecah RM1 bilion.
“Kerajaan negeri akan tunggu dahulu. Tapi kita galakkan MCA untuk buat kenyataan terperinci sehingga angka itu mencecah RM1 bi lion,” katanya ketika ditanya pemberita tentang saman ke atas MCA berhubung dakwaan tersebut.
MCA sebelum ini mendakwa kerajaan negeri berbohong mengenai usaha mengutip semula hutang bernilai jutaan ringgit dari Talam yang berhutang dengan beberapa syarikat milik kerajaan negeri kerana hutang-hutang itu belum lagi dibayar.
Sementara itu, menyentuh mengenai perletakan jawatan Latheefa Koya sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Abdul Khalid enggan mengulas lanjut perkara itu memandangkan surat belum diterima pihaknya.
Latheefa yang juga merupakan Pengarah Biro Guaman PKR, melalui fax kepada FMT hari ini menyatakan perletakan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis MBPJ.
FMT sebelum ini melaporkan wujud perbincangan dalam satu mesyuarat untuk memecat Latheefa sebagai ahli majlis.
Bagaimanapun menurut Abdul Khalid sebelum ini, keputusan muktamad belum diterima namun tidak menafikan wujud perbincangan untuk pemecatan Latheefa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan