Rabu, 18 Julai 2012

Seorang daripada 2 orang mangsa jenayah

Victor TM Tan & Sara Ghazie


 
Seorang daripada dua individu yang ditemui mengakui pernah mengalami atau mengenali seseorang yang pernah menjadi mangsa jenayah, menurut tinjauan Malaysiakini sekitar Kuala Lumpur semalam.

azlanSebelas daripada 20 orang yang ditemui secara rawak di Bangsar mengakui seseorang perkara itu.

Seorang jurulatih kesihatan yang hanya dikenali sebagai Evon berkata, beliau melalui pengalaman mengerikan itu dua tahun lalu apabila cermin keretanya dipecahkan dan beg tangannya dirampas.

"Saya memandu ke tempat kerja dan bila berhenti di lampu isyarat, sebuah motosikal menghalang kereta saya dan memecahkan tingkap," kata Evon, 27, mengimbau kembali kejadian di Overseas Union Garden dekat Kuala Lumpur.

Seperti mangsa lain, Evon juga mendakwa membuat laporan polis tetapi merasakan tidak banyak tindakan diambil dan hanya dimaklumkan perkembangan siasatan kes itu sekali sahaja.

Tiada ulasan: