Isnin, 2 Julai 2012

Rakan baik Nalla terima surat ugutan, peluru

Wartawan Sinar Harian

Rakan baik Nallakaruppan terima surat ugutan, peluru
Thamotharan menunjukkan nota ugutan dan peluru.
 
 
KUALA LUMPUR - Seorang rakan baik Senator Datuk S Nallakaruppan menerima surat ugutan untuk mengancamnya petang kelmarin.
Turut dimuatkan dalam sampul surat berkenaan adalah sebutir peluru.

Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam), U Thamotharan berkata, ugutan itu diterima menerusi sepucuk surat pada jam 2.30 petang di pejabatnya di Sri Gombak.

Beliau berkata, nota ugutan itu bertulis ‘Hei you jangan lagak pandai kali ini dalam sampul, lain kali masuk badan, jangan ikut dia (S Nallakaruppan)’.

Thamotharan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, semalam dengan ditemani Nallakaruppan.

Thamotharan berkata, kejadian itu tidak melunturkan semangatnya untuk terus berada di belakang Nallakaruppan.

Pada 5 April lalu, Thamotharan mengalami detik cemas apabila beliau bersama pemandu dan pengawal peribadinya diserang tiga lelaki bersenjatakan parang dan kapak di Taman Sri Gombak.

Cermin keretanya jenis BMW 530 dipecahkan oleh tiga lelaki tidak dikenali pada 3 petang ketika beliau mahu keluar dari rumah, namun mereka sempat menyelamatkan diri.

Tiada ulasan: